ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PASANGAN KHALWAT TERKURUNG DALAM BILIK SEWA DIKUNCI DARI LUAR OLEH TUAN RUMAH !!!

Tuesday 22 April 2014

PASANGAN KHALWAT TERKURUNG DALAM BILIK SEWA DIKUNCI DARI LUAR OLEH TUAN RUMAH !!!


PUCHONG – Bengang apabila salah seorang penyewa enggan melunaskan tunggakan sewa dan menjadikan bilik disewanya port maksiat, seorang pemilik rumah bertindak mengunci pasangan itu dalam satu ‘operasi cegah maksiat’ dilakukannya sendiri, di Kampung Seri Langkas Tambahan, Selasa lalu.

Difahamkan, keengganan penyewa berusia 27 tahun itu membayar sewa mengundang kemarahan pemiliknya sehingga memaksa dia mengadakan kunjungan ke bilik yang disewakan.

Pemilik itu mendapat maklumat penyewanya seorang lelaki bujang turut menghuni bilik disewakan bersama seorang remaja perempuan berusia 17 tahun sejak seminggu lalu.

Sumber berkata, geram dengan tindakan penyewanya, pemilik itu kemudian melakukan rondaan sehingga jam 12.30 malam Isnin lalu di kawasan rumah tiga tingkat yang turut disewakan kepada belasan penyewa lain.

Bagaimanapun, ketika rondaan dibuat kedua-dua remaja lelaki dan perempuan yang dikatakan tinggal sebumbung itu tidak pulang ke rumah seperti biasa.

“Lebih kurang jam 7 pagi keesokan harinya, pemilik rumah itu melakukan rondaan sekali lagi untuk mengesahkan perbuatan penyewanya.

“Malang kepada penyewanya apabila pemilik terdengar suara lelaki perempuan berbual di dalam bilik yang disewanya ketika melakukan intipan dari luar,” katanya.

Beliau berkata, pemilik rumah itu mengunci pintu jeriji bilik dari luar rumah dan menghubungi jawatankuasa masjid.

Menurutnya, ketika ‘dipenjarakan’ dari luar, remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu menangis dan meminta pertolongan jiran.

Sinar Harian difahamkan, pasangan berkenaan kemudian dinikahkan di Shah Alam, kelmarin.
sumber : pilihan-anda

No comments:

Post a Comment