ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERUKNYA AKHLAK GURU ZAMAN SEKARANG !!!

Saturday 29 March 2014

TERUKNYA AKHLAK GURU ZAMAN SEKARANG !!!


PELAJAR TINGKATAN TIGA DIROGOL GURU DI KUATERS GURU !!!
KUANTAN: Polis menahan seorang guru sekolah menengah di sebuah tanah rancangan Felda di Jengka, Jerantut, semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Khamis lepas.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, guru lelaki berusia 33 tahun itu didakwa merogol pelajar berusia 15 tahun itu di sebuah kuarters guru di tanah rancangan itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata guru berkenaan telah menghubungi keluarga mangsa untuk mengajar mangsa di kuarters tersebut.

"Mangsa dan seorang rakan sekolahnya pergi ke rumah guru berkenaan bagi menyiapkan kerja sekolah. Bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian rakan mangsa telah beredar dari rumah itu.

"Selepas rakan mangsa keluar, guru berkenaan bertindak memeluk mangsa secara paksa dan merogolnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Haris berkata guru berkenaan telah berkahwin serta mempunyai dua orang anak dan keluarganya tinggal di Kedah.

Katanya, mangsa yang mengalami kemurungan menceritakan perkara itu kepada salah seorang guru di sekolahnya sehari selepas kejadian sebelum dimaklumkan kepada keluarga.

Beliau berkata keluarga mangsa membuat laporan polis semalam.


MURID PEREMPUAN DEDAH PERBUATAN JIJIK GURU MELALUI NOTA !!!
KUALA LUMPUR – “Cikgu membisikkan perkataan kotor di telinga saya dan bertindak menyelak baju sehingga butang tercabut.” Demikian catatan seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah di Batu Caves dekat sini yang mendakwa diganggu secara seksual dan kerap dimaki oleh seorang guru lelaki sejak kira-kira dua tahun lalu. Selain itu, guru berkenaan didakwa berkelakuan pelik apabila kerap menampar dan menendang kaki murid-murid lelaki dan perempuan di sekolah tersebut sesuka hati tanpa sebarang sebab.

Seorang bapa kepada salah seorang mangsa, Hairul Jasry Jamaluddin, 30, mendakwa, anaknya risau setiap kali hendak ke sekolah sejak akhir-akhir ini ekoran perbuatan guru tersebut. “Saya telah buat aduan kepada pihak sekolah setelah membaca catatan pada nota anak saya. “Bagaimanapun, saya kurang puas hati kerana pihak sekolah tidak mengambil tindakan dan saya kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dua hari lalu,” katanya di pejabat Kosmo! di sini semalam.

Seorang lagi bapa, Sujari Hassan, 42, mendakwa, anaknya telah beberapa kali mengadu tentang kelakuan guru tersebut sejak tiga bulan lalu. “Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh anak saya bahawa guru itu menyelak kain dan cuba memegang kemaluannya di hadapan rakan yang lain,” katanya. Seorang lagi pengadu, Mohd. Safee Soefjan, 47, berkata, beberapa guru di sekolah itu mengakui sikap pelik guru terbabit dan mereka turut mempunyai bukti termasuk catatan beberapa mangsa.
sumber

No comments:

Post a Comment