ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SAMUN : SURI RUMAH CEDERA & KERUGIAN RM15000 !!!

Wednesday 19 March 2014

SAMUN : SURI RUMAH CEDERA & KERUGIAN RM15000 !!!


KEPALA BATAS - Seorang suri rumah mendakwa dicekik dan ditumbuk serta diikat menggunakan pita pelekat oleh dua lelaki bersenjatakan pisau dan pistol dalam kejadian samun di Kampung Kovil, di sini hari ini.


Mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata ketika kejadian pada pukul 9.40 pagi itu, beliau berada di ruang tamu bersama ibunya dan dua anak lelaki yang merupakan orang kurang upaya (OKU).

"Tiba-tiba dua lelaki meluru masuk ke dalam rumah dan seorang daripadanya memukul serta mencekik saya sambil mengarahkan yang lain diam jika tidak mahu dicederakan.

"Seorang lagi mengikat tangan kami menggunakan pita pelekat dan menyelimutkan kami semua dengan selimut. Mereka menggeledah rumah dan melarikan pelbagai barangan kemas antaranya rantai, gelang, cincin dan subang serta telefon bimbit, semuanya bernilai RM15,000," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Wanita berusia 45 tahun itu berkata dua lelaki berkenaan melarikan diri dengan sebuah kereta sebaik memperoleh barangan kemas berkenaan manakala beliau dan keluarga dibantu oleh jiran yang mendengar jeritan mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment