ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KASSIM AHMAD DITAHAN ATAS DAKWAAN HINA ISLAM DAN LANGGAR FATWA !!!

Thursday 27 March 2014

KASSIM AHMAD DITAHAN ATAS DAKWAAN HINA ISLAM DAN LANGGAR FATWA !!!


KULIM: Bekas aktivis politik dan sosial, Kassim Ahmad yang mencetuskan kontroversi berhubung kenyataan berunsur anti-hadis baru-baru ini, ditahan penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di rumahnya di Taman Kulim Perdana, Kelab Golf Kulim di sini tengah hari Rabu.
Kassim ditahan sepasukan 10 pegawai penguat kuasa Jakim yang diketuai pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Anuar Salehuddin Mat Saad, dengan bantuan polis dan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Kulim pukul 12.30 tengah hari.
Di Kuala Lumpur, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Paimuzi Yahya ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan Kassim.
Katanya, Kassim akan didakwa di Mahkamah Syariah Putrajaya pada Khamis atas dua kesalahan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.
Beliau berkata, dua kesalahan itu ialah menghina agama Islam dan melanggar fatwa.
"Kesalahan pertama, Dr Kassim akan didakwa mengikut Seksyen 7 Akta Jenayah Syariah kerana menghina Agama Islam.
"Kesalahan kedua mengikut Seksyen 9 akta yang sama kerana melanggar fatwa ataupun arahan pihak berkuasa agama," katanya.
Kassim mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng dan menyamakan sistem ulama dengan kasta paderi dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian pada 15 dan 16 Februari di Putrajaya baru-baru ini.
Pada seminar itu, Kassim dilaporkan turut menyinggung perasaan umat Islam apabila mendakwa masyarakat kini melakukan beberapa kesalahan seperti  mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW dengan ungkapan syahadah serta menyatakan bahawa rambut bukanlah aurat bagi wanita.
Mstar

No comments:

Post a Comment