ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DUA BAYI BAHARU LAHIR DIBUNUH !!!

Wednesday 26 March 2014

DUA BAYI BAHARU LAHIR DIBUNUH !!!


KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah Indonesia berusia 26 tahun ditahan kerana didakwa membunuh anaknya yang baharu lahir menggunakan gunting pada Ahad.
Difahamkan wanita itu dibawa ke Hospital Serdang pada waktu tengah malam selepas dia mendapatkan bantuan daripada majikannya selepas mengadu sakit di bahagian abdomen.
Selepas menjalani pemeriksaan doktor, wanita itu membuat pengakuan bahawa dia melahirkan anaknya sendiri. Tetapi dia mendakwa telah mengepam anaknya yang baharu lain ke dalam tandas.
Satu laporan polis dibuat oleh doktor dan polis membuat siasatan di rumah majikan wanita itu di Taman Bukit Kajang Baru.
Polis tidak menemui sebarang bukti bahawa bayi itu telah dipam ke dalam tandas, tetapi mereka menemui mayat bayi yang baharu lahir di bilik pembantu rumah itu, beserta sepasang gunting.
Pembantu rumah itu memberitahu polis bahawa dia meminjam gunting itu daripada majikannya sebelum bersalin.
Difahamkan dia menggunakan gunting itu untuk mengelar leher bayi berkenaan.
Pembantu rumah itu telah berkhidmat dengan majikannya selama lebih dua tahun. Dipercayai bapa kepada lelaki itu adalah warga Nepal.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan kes tersebut berkata, lelaki itu telah pulang ke Nepal.
Dalam kes yang berasingan, polis menahan seorang penuntut unievrsiti yang berusia 20an kerana didakwa membunuh anaknya yang baharu lahir di sebuah bilik asrama di Bandar Seri Putra, Kajang pada Sabtu.
Pelajar itu meletakkan bayi berkenaan di dalam beg plastik sampah sebelum membuangnya di Terminal Bersepadu Selatan, Cheras.
Dia kemudiannya membeli tiket untuk pergi ke Melaka dan membuang bajunya yang berlumuran darah di sebuah resort pada Ahad.
Pelajar itu kemudiannya pulang ke asrama pada hari berikutnya dan seorang penjaga asrama universiti itu menunggunya. Difahamkan dia memberitahu penjaga asrama itu mengenai kejadian yang berlaku. Penjaga itu kemudiannya membuat laporan polis.
Abdul Rashid berkata, dua suspek direman bagi membantu siasatan.
MStar

No comments:

Post a Comment