ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: YAYASAN ISLAM KELANTAN NAFI HAK PELAJAR SEKOLAH AGAMA.

Thursday 20 February 2014

YAYASAN ISLAM KELANTAN NAFI HAK PELAJAR SEKOLAH AGAMA.



PASIR PUTEH – Demi kepentingan politik sempit, kerajaan Kelantan sanggup menafikan hak pelajar sekolah agama di negeri ini daripada menerima bantuan yang sepatutnya mereka peroleh daripada Barisan Nasional (BN).

Ia berikutan tindakan Yayasan Islam Kelantan (YIK) secara tegas melarang pemimpin BN memasuki sekolah agama di Kelantan untuk menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada pelajar sekolah terbabit.


Arahan bermotifkan politik tersebut dikutuk ramai pihak termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerak, Zawawi Othman yang menyifatkan perkara itu bertentangan dengan kehendak agama.

“Arahan itu juga seolah-olah cuba menyemai perasaan benci dan tidak bertoleransi dalam kalangan pelajar.

“Kita cuba untuk memasuki sekolah ini dengan niat mendidik pelajar kita dengan nilai-nilai murni dan bersyukur,” katanya selepas menyampaikan bantuan itu kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil di sini hari ini.

Zawawi mendakwa, antara sekolah yang menerima arahan itu termasuk tiga buah sekolah agama bantuan kerajaan persekutuan (SABK) iaitu di Kampung Nering, Lepah dan Telosan di Pasir Puteh.

Tegasnya, arahan itu turut menyusahkan golongan ibu bapa kerana terpaksa menghantar anak-anak mereka menerima bantuan terbabit di sekolah lain yang jauh dari sekolah asal.

Untuk rekod, sebanyak 986 pelajar sekolah berkenaan menerima bantuan itu membabitkan peruntukan lebih RM90,000.

No comments:

Post a Comment