ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: USAHA CARI LIMA REMAJA DIPERCAYAI LEMAS DITERUSKAN !!!

Saturday 22 February 2014

USAHA CARI LIMA REMAJA DIPERCAYAI LEMAS DITERUSKAN !!!



SEGAMAT - Usaha mencari lima remaja lelaki yang masih hilang dan dikhuatiri lemas di Sungai Muar berhampiran Pekan Buloh Kasap di sini semalam, memasuki hari kedua hari ini. (Baca Disini)

   

Ketua pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Mohd Aizat Mamat berkata mereka meneruskan usaha itu di beberapa lokasi sungai itu bagi mencari Mohd Shafiq Mohd Syukur, 16, Mohd Hafizuddin Kamal, 16, Mohd Zaki Zaidi, 16, Mohd Izuan Hakimi, 16, dan Mohd Nazreen Zainal, 14.
   
"Setakat ini tiada perkembangan baharu. Jumlah mangsa yang ditemui setakat ini tiga orang," katanya kepada Bernama hari ini.
   
Mereka adalah antara lapan remaja yang hilang setelah lemas di Sungai Buloh Kasap kira-kira 9.30 pagi semalam.
   
Petang semalam, anggota penyelamat menemui mayat Mohd Hafizul Danial Norhashim, 16, Mohd Zikri Zaidi, 14, dan Nazirul Aminuddin Zamri, 15.
   
Kesemua mereka tinggal d Taman Mewah, Buloh Kasap dan merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap.

Bernama


Lokasi mencari dan menyelamat lima lagi mangsa yang hilang di Sungai Muar, Buluh Kasap di sini dipanjangkan sehingga tiga kilometer dari lokasi semalam.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) dimulakan dengan unit pengesan anjing (K9) pasukan Bomba, pagi tadi. 
Penyelam dari Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat dari tiga negeri mula melakukan selaman pada jam 9.45 pagi tadi. 

UPDATE TERKINI : -

Mayat Ke-4 & Ke-5 berjaya ditemui

Mayat mangsa ke-4, Mohd Nazreen Zainal, 14, ditemui hampir 20m dari lokasi mayat pertama & kedua di Sg Muar, Buloh Kasap 1.45 ptg tadi. Mayat Mohd Nazreen ditemui timbul sebaik saja azan zohor dilaungkan di lokasi tragedi lemas itu.
Mayat ke-5 Mohd Syafiq Md Shukor, 16, timbul kira-kira jam 2.06 petang, kira-kira 10 meter dari mayat keempat Mohd Nazreen Zainal, 14.

3 Mayat Terakhir berjaya ditemui

2 mayat mangsa lemas ditemui serentak 2.43 ptg tadi sblm mayat terakhir ditemui kira-kira 4 minit slps itu di Sg Muar, Buloh Kasap.

No comments:

Post a Comment