ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SUSPEK KES CURI DI KEDAI 7-ELEVEN DICARI !!!

Wednesday 26 February 2014

SUSPEK KES CURI DI KEDAI 7-ELEVEN DICARI !!!


Kuala Lumpur, 25 Feb. 2014 - Berikutan kejadian beberapa rompakan yang berlaku di Kedai Serbaneka 24 jam 7-Eleven di sekitar daerah Brickfields, Kuala Lumpur pada awal Februari yang lalu, Polis Kuala Lumpur mendapati jenayah ini dilakukan oleh kumpulan yang sama dan menggunakan mondus operandi yang serupa. Kumpulan yang melakukan rompakan ini dipercayai bersenjatakan parang atau pisau untuk mengugut pekerja kedai agar menyerahkan wang tunai serta barang-barang dari kedai berkenaan. Polis Kuala Lumpur sedang menyiasat kes-kes tersebut mengikut Seksyen 392, 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan bersenjata.

Hasil siasatan awal dan dari pemerhatian rakaman Kamera Litar Tertutup(CCTV) di tempat kejadian Polis Kuala Lumpur telah mengenalpasti beberapa individu remaja yang dipercayai terlibat melakukan jenayah berkenaan. Gambar-gambar ini juga akan dipamerkan di kedai-kedai serbaneka 24 jam untuk maklumat kepada pekerja-pekerja kedai dan orang ramai. 

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur meminta kerjasama orang ramai termasuk ibubapa yang mempunyai maklumat berkaitan suspek-suspek tersebut, bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields ditalian 03-90516222 atau Bilik Gerakan JSJ D9 Ibu Pejabat Polis Kontnjen Kuala Lumpur ditalian 03-21460685 atau Hotline PolisKL 03-21159999 / SMS ke 32728 atau menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran.



No comments:

Post a Comment