ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SUAMI TAK TAHU DIUNTUNG !!! SANGGUP BELASAH & UGUT BUNUH ISTERI KERANA DITEGUR PEMALAS !!!

Saturday 22 February 2014

SUAMI TAK TAHU DIUNTUNG !!! SANGGUP BELASAH & UGUT BUNUH ISTERI KERANA DITEGUR PEMALAS !!!



Kota Bharu: Seorang pensyarah yang cuba menasihati suaminya supaya mencari kerja tetap, bukan saja cedera dipukul, malah dia dan anaknya diugut bunuh dalam kejadian di Kampung Padang Lembek, di sini, kelmarin. 

Kejadian jam 9 pagi itu berlaku apabila mangsa berusia 35 tahun dan mengajar di Politeknik, menegur suaminya yang berusia 38 tahun, kerana malas dan sering bertukar kerja. 

Lelaki berkenaan berang kerana tidak boleh menerima nasihat isterinya yang menuduh dirinya pemalas, sebelum menampar mangsa berkalikali termasuk mengugut untuk  bunuh mangsa. 

Sejurus kemudian, suspek menghilangkan diri selepas melihat mangsa cedera. Mangsa yang cedera di muka bergegas ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. 

Pernah bercerai 

Sumber berkata, pasangan suami isteri itu pernah bercerai pada akhir 2010, namun rujuk dua bulan kemudian dengan harapan suaminya berubah. 

Bagaimanapun katanya, lelaki itu tetap malas bekerja dan setiap kali berdepan tekanan kewangan, suspek memukul isterinya. 

“Malah, lelaki itu sering berhutang hingga menyebabkan mangsa mengalami tekanan,” katanya. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan.
BH

No comments:

Post a Comment