ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: RAKYAT KAJANG AKAN KETINGGALAN & TERPINGGIR SEPERTI PMTG PAUH SEKIRANYA PENGUNDI PILIH ANWAR (VIDEO INSIDE)

Tuesday 18 February 2014

RAKYAT KAJANG AKAN KETINGGALAN & TERPINGGIR SEPERTI PMTG PAUH SEKIRANYA PENGUNDI PILIH ANWAR (VIDEO INSIDE)


Jika ada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang beranggapan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memberi khidmat kepada DUN itu, anggapan itu adalah satu andaian yang bakal mengecewakan para pengundi.
Anwar hanya mahu menang dan bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan itu, tetapi bukan untuk berkhidmat kepada para pengundinya.
Di Permatang Pauh, parlimen yang dimenangi sejak sekian lama, Anwar jarang balik ke parlimennya menyebabkan 11 keluarga mengadu ketiadaan bekalan elektrik.
Perkara ini didedahkan oleh Cikgu Mohd Zaidi Mohd Said, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh dalam sidang media kelmarin.
“11 keluarga telah mengadu kepada Anwar Ibrahim, ahli parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang tentang masaalah mereka yang tidak mempunyai bekalan elektrik tetapi tiada tindakan diambil?.
“Ini adalah sebahagian kecil daripada permasalahan rakyat parlimen Anwar Ibrahim yang didedahkan oleh cikgu Zaidi, Ketua Bahagian Permatang Pauh kelmarin,” lapor Dr MiM.
Menurut Dr MiM pengundi DUN Kajang juga perlu memikirkan nasib mereka jika mereka tersilap mengundi Anwar permasalahan pengundi Permatang Pauh akan menimpa diri mereka pula.
“Jika isu 11 keluarga Permatang Pauh tidak mendapat bekalan elektrik itu pun tidak dapat diselesaikan oleh Anwar, bagaimana pula dengan rakyat DUN Kajang?
“MiM difahamkan bahawa UMNO bahagian Permatang Pauh akan turun ke PRK Kajang untuk menceritakan sendiri isu-isu rakyat setempat Permatang Pauh kepada rakyat Kajang,”lapornya.

No comments:

Post a Comment