ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PESAKIT WANITA DICABUL "DOKTOR" !!!

Friday 14 February 2014

PESAKIT WANITA DICABUL "DOKTOR" !!!



KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia lewat 30-an sanggup menyamar sebagai doktor sebelum berpura-pura melakukan pemeriksaan dan mencabul pesakit wanita yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di sini.

Bagi meyakinkan mangsa, lelaki terbabit turut memakai pakaian doktor ketika melakukan pemeriksaan.

Kesempatan itu kemudian digunakan untuk mencabul mangsanya.

Harian Metro difahamkan, lelaki berkenaan dikesan melakukan kegiatan berkenaan secara sendirian sejak lebih empat bulan lalu.

Sasarannya pesakit wanita dan sehingga kini seramai enam mangsa sudah dicabul lelaki itu namun kebanyakan mereka tidak membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, seorang wanita berusia 25 tahun yang menjadi mangsa terbaru ‘doktor’ terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah selepas mendakwa dicabul lelaki berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

Menurut sumber, laporan polis itu dibuat selepas mangsa mengetahui lelaki itu bukanlah doktor mahupun kakitangan hospital sebaliknya hanya individu biasa yang menyamar sebelum mencabul pesakit wanita.

Beliau berkata, mangsa yang ditemani ibunya berusia 50-an di wad di hospital berkenaan mendakwa melihat seorang lelaki berpakaian seperti doktor berlegar-legar di kawasan wad berkenaan.

“Biarpun curiga dengan kelibat lelaki itu, mangsa hanya mendiamkan diri kerana menyangkakan dia adalah doktor ataupun kakitangan hospital.

“Lelaki berkenaan kemudian menghampiri mangsa sebelum mendakwa mahu melakukan pemeriksaan,” katanya.

Sumber itu berkata, biarpun sedikit curiga, mangsa yang masih menyangkakan lelaki itu adalah doktor memberikan kebenaran agar diperiksa.

“Lelaki itu kemudian mula meraba tubuh mangsa dan memberitahu mangsa dibenarkan keluar dari wad tiga hari lagi sebelum meninggalkan wad berkenaan,” katanya.

Katanya, disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan doktor terbabit yang mencabulnya, mangsa kemudian bertanya perkara itu kepada jururawat bertugas, lapor Hmetro.

“Jururawat terbabit kemudian mendakwa tiada doktor yang melakukan pemeriksaan ketika waktu berkenaan menyebabkan mangsa menyedari dia dicabul individu menyamar doktor,” katanya.

“Malah, perkara itu disahkan jururawat terbabit selepas melakukan semakan bahawa lelaki itu bukanlah doktor mahupun kakitangan hospital itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment