ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) MASIH MENJADI MASALAH BESAR KEPADA GURU-GURU !!! APA PANDANGAN @MuhyiddinYassin ???

Saturday 15 February 2014

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) MASIH MENJADI MASALAH BESAR KEPADA GURU-GURU !!! APA PANDANGAN @MuhyiddinYassin ???

Kesukaran mendapatkan akses pangkalan data PBS untuk memasukkan
data pencapaian pelajar menjadi masalah utama guru-guru.
Tiga tahun selepas dilaksanakan, sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) masih menjadi masalah besar kepada guru-guru.

Beberapa kumpulan telah menyatakan hasrat untuk mengadakan protes bagi menunjukkan kelemahan PBS, walaupun terdapat jaminan oleh Kementerian Pendidikan bahawa sistem ini akan dikaji semula.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata kajian semula sistem secara sepenuhnya diperlukan supaya ia menjadi lebih mesra pengguna.

Setiausaha Agung NUTP Lok Yim Pheng berkata masalah utama yang dihadapi adalah kesukaran untuk mendapatkan akses pangkalan data PBS atas talian yang digunakan oleh guru-guru untuk memasukkan data pencapaian pelajar.

“Kami gembira (Kementerian Pendidikan) menangani kesukaran yang dihadapi guru-guru,” kata beliau, sambil menambah sistem dalam talian perlu diuji selepas kajian semula dijalankan bagi memastikan masalah benar-benar telah diselesaikan.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa berkata PBS akan dikaji semula berikutan aduan daripada guru-guru yang mempunyai kesukaran mengakses sistem.

Bagaimanapun, Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) mempersoalkan skop dan bentuk kajian yang dicadangkan.

Ketua jawatankuasa kerjanya, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata : “Sebelum PBS dilaksanakan, kementerian memberitahu kami bahawa mereka telah melaksanakan projek perintis secara meluas dan pakar-pakar telah menjalankan kajian. Adakah sekarang kajian sebelum ini tidak berguna lagi?
“Juga tidak jelas sama ada kajian baru itu hanya akan melibatkan masalah pangkalan data dalam talian atau pelaksanaan dasar itu sendiri.”

Beliau juga berkata SGMM akan meneruskan protes terhadap PBS yang dijadualkan pada 22 Februari di kementerian itu di Putrajaya.
“Ini adalah pilihan terakhir selepas melalui semua saluran perbincangan yang betul.

“Kami tidak menentang dasar atau kerajaan, tetapi kita hanya mahu menonjolkan kelemahan tertentu polisi ini,” katanya.
 Mstar.

No comments:

Post a Comment