ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MESTI BACA !!! IKTIBAR BUAT KAUM HAWA BERGELAR ISTERI !!!

Sunday 23 February 2014

MESTI BACA !!! IKTIBAR BUAT KAUM HAWA BERGELAR ISTERI !!!


Secara luarannya, saya kelihatan seperti lelaki dan suami lain. Kecuali isteri, orang lain tidak menyedari saya menderita hampir lapan bulan apabila ‘kelelakian’ saya langsung tidak berfungsi. Ini menyebabkan saya hilang keyakinan diri dan malu terhadap isteri tanpa menyedari ia sebenarnya berpunca daripada perbuatannya mengunci naf­su saya.

Semuanya berpunca daripada sikap cemburu buta Iza. Dia tidak mempercayai kesetiaan saya yang kerap terbang ke luar negara kerana bertugas sebagai pramugara sebuah syarikat penerbangan terkemuka.

Saya langsung tidak menyangka Iza tergamak meminta bantuan bomoh untuk menundukkan saya. Akibatnya saya langsung tiada perasaan terhadap wanita lain walaupun digoda kerana nafsu saya sudah dikunci sejak awal tahun ini.

Akibat perbuatannya yang tidak berfikir panjang, saya hilang sifat kelelakian termasuk ketika mahu ‘bersama’ dengannya walaupun sebelum itu saya lelaki normal.

Lebih menyeksakan, saya turut mengalami masalah lain seperti susah untuk membuang air kecil dan kadangkala me­ngalami sakit di kemaluan. Kesakitan itu lebih terasa pada waktu malam terutama ketika berada di luar negara.

Perubahan mendadak itu menyebabkan saya sering tertanya-tanya apa kesalahan yang sudah dilakukan sehingga saya bagaikan bangkai bernyawa kerana langsung tidak mempunyai nafsu terhadap wanita.

Sejujurnya saya bukan jenis lelaki yang suka ‘makan luar’ walaupun sudah pasti kadangkala agak ghairah melihat wanita cantik berpakaian seksi.

Pada awal perubahan itu, saya hanya hilang ghairah terhadap wanita lain tetapi normal pada isteri. Bagaimanapun, dua minggu selepas itu saya turut tiada nafsu terhadap Iza menyebabkan saya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Saya cuba menyembunyikan masalah ini daripadanya kerana bimbang ia akan meretakkan rumah tangga kami.

Apabila diajak Iza untuk bersama, saya cuba mengelak dengan memberi alasan letih kerana menempuh perjalanan jauh dengan kapal terbang.

Pada waktu itu saya langsung tidak me­nyangka masalah itu berpunca daripada ‘buatan orang’ sebaliknya menganggap ia sebagai ketentuan Allah. Malah saya langsung tidak menceritakan masalah itu kepada Iza dan rakan-rakan kerana terlalu malu.

Bagaimanapun, akibat tidak tahan dengan penderitaan ditanggung selain rasa bersalah kerana mengabaikan nafkah batin terhadap isteri, saya akhirnya nekad berbincang masalah itu dengan Iza.

Pada awal perbincangan dengan Iza, saya dapat melihat perubah­an pada wajahnya yang kelihatan takut. Mungkin dia rasa bersalah kerana melakukan perbuatan itu terhadap saya.

Bagaimanapun, saya masih tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah pada beberapa malam kemudian, Iza mengajak saya berjumpa pengamal perubatan Islam bagi merawat masalah itu.

Pada awalnya saya menolak kerana menyang­ka masalah itu berpunca daripada saya sendiri dan mahu mendapatkan rawatan daripada pakar sakit tuan terlebih dulu tetapi Iza tetap beria-ia mengajak saya berjumpa pengamal perubatan Islam.

Melihat saya masih ragu-ragu, dia tiba-tiba menangis teresak-esak sebelum menceritakan perbuatannya menggunakan bomoh untuk mengunci nafsu kelelaki­an saya.

Sudah pasti saya terkejut mendengar pe­ngakuannya selain sedih dengan tindakannya yang tidak mempercayai suami sendiri hingga tergamak melakukan perbuatan menyalahi syariat Islam.

Ketika ditanya kenapa dia sanggup melakukan perbuatan itu, Iza mendakwa terlalu sayangkan saya dan bimbang saya melakukan hubungan terlarang dengan wanita lain kerana kami sering berjauhan.

Saya akui pada mulanya gagal mengawal perasaan tetapi selepas berfikir panjang, saya memaafkannya dan kini masih menjalani rawatan secara Islam untuk memulihkan masalah ini” 
HMetro.

“Saya bertaubat! Saya akui ini memang salah saya. Saya melakukan dosa besar terhadap suami sendiri. Saya insaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan itu lagi. Saya harap Ikram dapat memaafkan serta terus menerima saya sebagai isterinya."

Pada mulanya saya sang­ka tindakan menggunakan khidmat bomoh untuk mengunci nafsu suami terhadap wanita lain tidak akan memudaratkannya. Namun, ternyata ia perbuatan bodoh yang bukan hanya menyeksa suami, malah mendatangkan kesan terhadap saya juga.

Semuanya dilakukan kerana perasaan cemburu membuta-tuli terhadap Ikram yang kerap terbang ke luar negara selama berhari-hari walaupun me­nyedari itu memang tugasnya.

Saya melakukan perbuatan itu selepas diajak kawan untuk bertemu seorang bomoh selepas dia meyakinkan bahawa tindakan ‘mengikat’ suami mampu menjaga keharmoni­an rumah tangga tangga.

Rakan saya itu sudah menggunakan khidmat bomoh berkenaan untuk ‘mengikat’ suaminya dan saya dapat menyaksikan sendiri suaminya langsung tidak ‘melihat’ wanita lain serta setia kepadanya.

Melihat buktinya itu, saya mengikut dia bertemu bomoh berkenaan di Kuantan ketika Ikram terbang ke luar negara.

Apabila berjumpa bomoh itu, mulanya saya pelik dengan barang yang diminta iaitu seluar dalam yang sudah digunakan suami sebelum menyuruh saya bertemunya semula dengan membawa barang itu.

Selepas beberapa ming­gu, saya dan rakan pergi semula ke rumah bomoh itu dengan membawa seluar dalam Ikram. Upacara mengikat nafsu suami dimulakan dengan mengikat seluar dalam Ikram de­ngan kain kuning. Selepas dijampi, seluar dalam itu ditanam di kubur.

Bomoh itu mengenakan bayaran RM2,000 dan memberitahu kesan terhadap suami akan mula dirasai seminggu selepas itu.

Memang berkesan. Seminggu selepas upacara itu, saya dapat melihat perubahan ketara Ikram yang lebih romantis terhadap saya.

Bagaimanapun, tak lama kemudian saya mula hairan apabila dia mengelak apabila diajak untuk bersama sedangkan sebelum itu dia tidak pernah bersikap dingin terhadap saya. Dalam hati terdetik adakah perubah­an itu ada kaitan dengan tindakan saya mengunci nafsunya.

Apabila dia menceritakan masalahnya, saya rasa amat bersalah lalu menangis. Saya terus mengajaknya mendapatkan rawatan dengan pengamal perubatan Islam kerana tidak lagi mempercayai bomoh berkenaan. Saya berdoa agar masalahnya itu dapat disembuhkan segera.

Saya insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu. Saya nasihatkan wanita lain tidak melakukan tindakan bodoh kepada suami mereka seperti yang saya buat. Perbuatan syirik seperti itu lebih banyak mudarat daripada manfaat.

Saya bertaubat dan memohon ampun kerana pernah menyekutukan Allah. Saya harap suami dapat mengampunkan segala dosa yang saya lakukan” 
HMetro.

No comments:

Post a Comment