ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: CCTV : SEBARKAN !!! SUSPEK BUANG BAYI DIBURU.

Monday 27 January 2014

CCTV : SEBARKAN !!! SUSPEK BUANG BAYI DIBURU.

VIDEO: Imej Suspek Buang Mayat Bayi Di Masjid Alwi Kangar Dikesan CCTV
KANGAR – Polis Perlis memburu suspek yang dipercayai dalang dalam kejadian buang bayi di Masjid Alwi di sini Khamis lalu.
Imej suspek dirakam pada kamera litar tertutup CCTV masjid berkenaan dan kini diteliti polis.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan perkara itu dan kini memburu dua suspek termasuk wanita di dalam video.
Pihaknya memohon bantuan orang ramai yang mengenali suspek wanita yang dirakam itu agar menghubungi balai terdekat.
Difahamkan sebelum penemuan bayi itu, sepasang remaja yang mendakwa ‘suami isteri’ telah menumpang masjid berkenaan.
Bayi itu ditemui kira-kira jam 7 pagi apabila seorang pegawai tentera berpangkat Kapten memasuki tandas berkenaan apabila melihat susuk mayat bayi terbabit diletakkan bersebelahan lubang tandas lalu dia memaklumkan perkara itu kepada pengurusan masjid.
Imam 1 masjid berkenaan Hashim Taib, 44, berkata, dia berada di rumah kerana tidak bertugas sebelum dimaklumkan oleh pengawal keselamatan lalu bergegas ke masjid dan mendapati kawasan tandas itu sudah ditutup oleh pihak polis untuk siasatan.
Katanya, pada masa sama, dia dimaklumkan sepasang remaja berusia 20-an yang mendakwa suami isteri dari Langkawi mahu menumpang bermalam di masjid lalu dibenarkan oleh pengawal keselamatan bertugas.
“Pengawal keselamatan terbabit kemudian membenarkan pasangan wanita duduk di dalam masjid, manakala suaminya duduk di atas kerusi batu di bahagian luar.
“Pasangan itu dilihat masih berada di masjid sehingga masuk waktu Subuh, malah pengawal keselamatan yang memeriksa tandas lelaki ketika rakaat pertama solat Subuh tidak melihat sesuatu yang mencurigakan sebelum masuk ke masjid untuk bersolat,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Menurutnya, pengawal keselamatan terbabit kemudian memaklumkan sejurus selesai solat Subuh, pasangan terbabit didapati meninggalkan kawasan masjid dan tidak dapat dikesan sebelum mereka dikejutkan dengan penemuan mayat bayi itu.
“Pengawal keselamatan yang terkejut dengan penemuan itu kemudian memaklumkannya kepada pengurusan masjid sebelum menghubungi pihak berkuasa,” katanya.
Mayat bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai mati di lokasi lain sebelum diletakkan bersebelahan lubang tandas dalam bilik air lelaki di masjid berkenaan.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit. – Harian Metro

No comments:

Post a Comment