ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: VIDEO & GAMBAR-GAMBAR LETUPAN BOM DI DANOK : DUA RAKYAT MALAYSIA CEDERA.

Monday 23 December 2013

VIDEO & GAMBAR-GAMBAR LETUPAN BOM DI DANOK : DUA RAKYAT MALAYSIA CEDERA.



BUKIT KAYU HITAM: Dua rakyat Malaysia cedera bersama lebih 20 yang lain yang kebanyakannya merupakan rakyat Thailand dalam siri letupan di Danok, bandar sempadan Thailand-Malaysia, di Songkhla pada Ahad.

Letupan itu berlaku di bandar yang terletak kira-kira 1km dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bukit Kayu Hitam di Padang Besar.

Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Razali, mengesahkan bahawa dua rakyat Malaysia cedera dalam letupan yang berlaku kira-kira pukul 11.40 pagi itu.

Bandar ini telah digegarkan empat siri letupan dari bom tersembunyi di motosikal yang diletakkan di kawasan-kawasan terbabit.

Menurut The Nation, serangan pertama berlaku di hadapan balai polis di Sadao manakala yang kedua adalah di tempat letak kereta di Balai Polis Sadao.

Siasatan awal menunjukkan serangan disebabkan oleh bahan letupan yang tersembunyi pada motosikal.

Letupan ketiga berlaku di hadapan Oliver Hotel di Ban Dan Nok manakala yang keempat adalah di lorong berhampiran McDonalds di kawasan yang sama.












No comments:

Post a Comment