ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI !!! SUSPEK UTAMA KES ROMPAK & BUNUH DI AMBANK DITANGKAP !!!

Sunday 10 November 2013

TERKINI !!! SUSPEK UTAMA KES ROMPAK & BUNUH DI AMBANK DITANGKAP !!!


Suspek yang dikatakan menembak mati seorang pegawai bank Ambank di Subang Jaya, bulan lalu, berjaya diberkas awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan Ops Cantas Bukit Aman berjaya menahan lelaki berkenaan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.
"Rakyat Malaysia janganlah jemu-jemu bersama-sama @PDRMsia membanteras jenayah. Bersatu kita, hancurlah penjenayah@relamalaysia @KDNPUTRAJAYA," Ujar Khalid menerusi Twitter rasmi beliau.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter rasmi beliau memaklumkan bahawa suspek yang dikehendaki bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank cawangan Ambank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu berjaya diberkas di Johor Bahru, awal pagi tadi.

"Syabas pasukan Ops Cantas Bukit Aman... terima kasih rakyat Malaysia yang terus membantu PDRM Malaysia," ujar Khalid di laman mikto Twitter miliknya.

Sementara itu, menurut Facebook Polis di Raja Malaysia (PDRM), suspek berjaya diberkas jam 7.00 pagi tadi di Kampung Belungkor, Kota Tinggi.

Penahanan dibuat atas maklumat yang diberikan kepada agensi itu.

Facebook yang memetik kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu berkata, pihak polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan.

Pihak polis merakamkan jutaan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan keperihatinan dalam kes ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang turut memberikan kerjasama sehingga tertangkapnya suspek berkenaan.
   -------------------------------------------------------------------------
KENYATAAN MEDIA
PENGARAH JSJ

Pada  jam 7.00 pagi 10 Nov 2013,  bertindak atas maklumat,  Pasukan Cantas Khas PDRM telah berjaya menangkap seorang lelaki di Kg Belungkor, Kota Tinggi, Johor yang dipercayai saspek utama dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Okt 2023 yang melibatkan kematian seorang kakitangan Ambank.

Pihak Polis percaya dengan penangkapan saspek utama ini,  kes berkenaan telah berjaya diselesaikan.  

Pihak polis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan keperihatinan mereka dalam kes ini.

PENGARAH
JABATAN SIASATAN JENAYAH
POLIS DIRAJA MALAYSIA

No comments:

Post a Comment