ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TAHNIAH !!! USTAZ KAZIM DILANTIK AHLI MAJLIS TERTINGGI.

Friday 29 November 2013

TAHNIAH !!! USTAZ KAZIM DILANTIK AHLI MAJLIS TERTINGGI.



Tokoh penceramah agama terkenal   USTAZ Kazim Elias antara 9 orang yang dilantik sebagai ahli MT UMNO hari ini . Selain itu ,  Dr Asyaraf Wajdi Dasuki dan Bekas NC UITM TS Ibrahim Abu Shah juga turut dilantik .
Nampaknya PM DS Najib mahu membuat perubahan besar sekali dalam MT UMNO dan mahukan suara & pandangan  mewakili ulama turut ada dalam dewan tertinggi parti .
Minggu depan Perhimpunan Agung UMNO pasti  meriah la sebab ada Ustaz Kazim di pentas PWTC.

Tahniah Ustaz !!!
_____________________________________________________________

PUTRAJAYA, 29 Nov – Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melantik sembilan ahli Majlis Tertinggi (MT) tambahan sebagai melengkapkan jumlah barisan MT sesi 2013-2016.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang media hari ini.

“MT lantikan ini akan dapat beri input baik kepada parti dan akan bergerak bersama barisan MT yang lain dan mereka juga akan dijemput untuk turut serta dalam mesyuarat MT akan datang dan akan mengangkat sumpah,” katanya.

Berikut adalah senarai MT tambahan:

1. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
2. Datuk Hamzah Zainudin
3. Datuk Mohd Shakar Samsudin
4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
5. Datuk Irmohizam Ibrahim
6. Datuk Johari Abdul Ghani
7. Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah
8. Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
9. Ustaz Mohammad Kazim Elias

No comments:

Post a Comment