ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PEMANDU PERIBADI NURUL IZAH SUSPEK KES ROGOL PEMBANTU RUMAH DIBURU POLIS !!!

Monday 25 November 2013

PEMANDU PERIBADI NURUL IZAH SUSPEK KES ROGOL PEMBANTU RUMAH DIBURU POLIS !!!

Foto Hiasan
Mengikut maklumat yang diterima , malam tadi di Cheras telah berlaku satu kes pukul dan rogol secara bergilir yang dilakukan oleh seorang pemandu kepada seorang YB wanita yang mewakili satu parlimen di Lembah Klang. 

Kejadian tersebut melibatkan seorang pembantu rumah wanita warga Indonesia. Difahamkan wanita tersebut telah diselamatkan oleh orang ramai dan telah dibawa ke sebuah Balai Polis dalam Daerah Cheras untuk membuat laporan polis. 

Selain dirogol, paspot, wang tunai, dan telefon bimbit wanita berkenaan juga turut diambil oleh perogol. 

Tidak mustahil kes ini sekali lagi akan menimbulkan perbalahan dalam hubungan Malaysia-Indonesia. 

Rupanya Pemandu Nurul Izzah adalah suspek utama dalam kes rogol pembantu rumah warga Indonesia yang berumur 37 tahun.

Nama suspek adalah Naim dan menurut mangsa, pemandu Nurul Izzah datang bersama seorang lagi rakannya, mereka berdua membawanya ke sebuah rumah teres dua tingkat d Taman Okid Batu 9 Cheras.

Beliau kemudiannya diberikan rokok yang mengandungi ganja dan dirogol oleh Pemandu Peribadi Nurul Izzah dan selepas itu oleh rakan beliau.

Menurut sumber, mangsa dipukul setelah suspek mengetahui mangsa telah menghubungi majikannya.

Barang yang turut diambil suspek adalah wang tunai hampir RM5000, sebuah handphone dan paspot milik mangsa. Suspek melarikan diri bila mangsa berkeras ingin laporkan kejadian pada pihak Polis.

Mangsa juga diheret dan dihumban keluar rumah dan akhirnya mendapat bantuan orang awam yang lalu di kawasan tersebut. Mangsa dibawa ke balai Polis Bt 9 Kajang oleh orang ramai dan suspek kini diburu !!!

Menurut sumber lagi, mangsa ketika sebelum kejadian telah dipujuk untuk dibawa ke Terengganu tetapi mangsa enggan dan menimbulkan kemarahan suspek.

No comments:

Post a Comment