ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SEBARKAN !!! AYUH BANTU @PDRM CARI PENGAWAL KESELAMATAN YANG MEMBUNUH DAN MEROMPAK BANK !!!

Thursday 24 October 2013

SEBARKAN !!! AYUH BANTU @PDRM CARI PENGAWAL KESELAMATAN YANG MEMBUNUH DAN MEROMPAK BANK !!!

SUBANG JAYA: Seorang pekerja bank wanita berusia 37 tahun maut akibat terkena tembakan di kepala yang dilepaskan pengawal keselamatan yang merompak bank berkenaan di USJ Sentral di sini, petang tadi.
Dalam kejadian pada jam 6.18 petang itu, suspek berusia 37 tahun yang berkhidmat di bank sama dikatakan melepaskan tembakan yang terkena kepala mangsa ketika mereka bergelut sejurus selepas membuka pintu peti kebal di bank berkenaan.
Menurut sumber, mangsa dikatakan mati serta merta di tempat kejadian manakala pengawal keselamatan terbabit melarikan sebuah beg yang mengandungi sejumlah wang yang masih belum dikenal pasti jumlahnya.
Suspek dikatakan berasal dari Sabah itu melarikan diri menggunakan motosikalnya dan polis sedang menjalankan operasi mencarinya termasuk mengesan di alamat kediaman pengawal keselamatan itu berdasarkan rekod kerjanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chuan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Hingga jam 9 malam ini, polis masih belum berhasil memberkas pengawal keselamatan terbabit dan gerakan mengesan suspek diteruskan.

INILAH Wajah Suspek Bunuh Pegawai AmBank


FAKTA KES :
Kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, jln usj sentral2 usj sentral subang jaya. Mangsa kerja sebagai operation officer Ambank 
Nama: Noazita bt Abu talib Umur: 37Thn.
Tempoh khidmat: 16Thn dgn Ambank. 

Kejadian pada 23.10.13 jam L/kurang 1818hrs di bilik kebal telah berlaku kejadian tembakan daripada Suspek 
Nama: Ardi bin Hamza 
Umur: 37Thn 
Alamat: Jalan Apas Batu 2, No70, Tawau, Sabah, 
Senjata: Pumpgun, 

Sebanyak (1) das tembakan mengenai muka mangsa ketika sedang membuka peti kebal dan melarikan wang dlm jumlah yng tidak diketahui, kenderaan digunakan suspek sedang di kesan, pihak forensik IPK Selangor telah dimaklumkan dan dlm perjalanan.Semasa kejadian seramai 5 staf termasuk suspek. No. Tel suspek 01133070204.

Al Fatihah... 
Salam Takziah Buat keluarga Allahyarhamah...
Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...Amin

No comments:

Post a Comment