ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PROSES PENAMAAN CALON PRK DUN SUNGAI LIMAU.

Wednesday 23 October 2013

PROSES PENAMAAN CALON PRK DUN SUNGAI LIMAU.



YAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bermula hari ini dengan proses penamaan calon diadakan di Dewan Datuk Madi, di sini, jam 9 pagi.

Terdahulu, perarakan penyokong calon yang bertanding akan diadakan dan setakat ini, ia membabitkan Barisan Nasional (BN) dan Pas. 

Perarakan penyokong Pas akan dimulakan jam 8 pagi ini dari Masjid Badlishah, manakala perarakan calon BN yang dijangka diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Rumah Budi ke pusat penamaan calon bermula 9 pagi. 

BN mengemukakan bekas pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, manakala Pas menerusi Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Abd Samat, 37.

PRK DUN Sungai Limau diadakan berikutan kekosongan kerusi itu selepas penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang juga bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia bulan lalu kerana komplikasi jantung dan kencing manis.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Allahyarham Azizan yang memenangi kawasan itu selama tiga penggal, mempertahankan kerusi terbabit dengan menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali, dengan majoriti 2,744 undi.

Kempen akan berlangsung selama 12 hari dan hari mengundi pada 4 November. 
Kerusi DUN Sungai Limau adalah terletak dalam Parlimen Jerai. 



LAPORAN LANGSUNG

8.24 pagi: Penyokong calon Pas mula berarak dengan kira-kira 2,000 penyokong mengiring calon Mohd Azam Abdul Samat. Mengiringi calon antaranya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pengarah PRK Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.

8.34 pagi: Calon Pas bersama Hadi Awang, Mahfuz dan Azmin tiba pusat penamaan calon di Dewan Datuk Madi untuk menunggu proses penamaan calon. 


8.36 pagi: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Rumah Budi Yan untuk mengiringi calon BN ke pusat penamaan calon.

8.54 pagi:Lebih 3,000 penyokong BN mula berarak mengiringi calon, Dr Ahmad Suhaimi Lazim dari Rumah Budi ke pusat penamaan calon. Perarakan calon BN diketuai, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Wanita UMNO< Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

9.03 pagi:Pegawai Pengurus PRK Sungai Limau, Abdul Rashid Othman mengumumkan kaunter dibuka bermula jam 9 pagi dan ditutup sejam selepas itu.

9.05 pagi: Calon BN masuk ke dewan menyerahkan borang pencalonan. 

9.10 pagi: Calon BN dan Pas masing-masing kemukan borang pencalonan sebaik pusat penamaan calon PRK DUN Sungai Limau dibuka 9 pagi tadi.

9.24 pagi: Calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat memasuki dewan bersama pencadang, Halim Abu dan penyokong, Mat Saad untuk kemuka borang pencalonan.

No comments:

Post a Comment