ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAS "KLUK KLEK' DALAM ISU PEMBERIAN BR1M !!!

Friday 11 October 2013

PAS "KLUK KLEK' DALAM ISU PEMBERIAN BR1M !!!



Jika sebelum ini pemimpin tertinggi Pas memperkecilkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), hari ini Pas Kedah tak bersetuju pulak dengan cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dihentikan.

Ketua Pembangkang Kedah Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan perlu meneruskan pemberian bantuan itu khusus untuk golongan yang benar-benar memerlukan bantuan.

Memang pun Kerajaan beri kepada golongan yang tidak berkemampuan, bukannya main bagi kat sesiapa saja kerana LHDN dipertanggung-jawabkan untuk menguruskan BR1M dan kebanyakkan penerima juga ahli Pas.

Sebelum ini macam macam pemimpin Pas kata pasal BR1M ni. Nik Aziz menyamakan rakyat yang menerima pemberian BR1M sebagai 'memberi hampas padi dan kelapa kepada ayam dan lembu'. Hadi Awang pula menyamakan pemberian BR1M seperti zaman Firaun.

inilah perangai tak serupa bikin Pas..benda baik untuk rakyat mereka bangkang. Tapi sekarang bila dah nampak ada impak kepada rakyat mereka cakap lain pulak.


BR1M tak perlu diteruskan, kata Tun M

PETALING JAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.

Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis Program Bicara Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini hari ini.

"Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.

"Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi," katanya sambil menambah: "Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan."

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai cadangannya untuk Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Oktober ini.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata ekonomi negara dijangka tidak akan mengalami kesan yang besar akibat penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat, ini kerana perdagangan dua hala antara kedua-dua buah negara kini semakin berkurangan.

Beliau berkata jumlah dagangan negara tidak bergantung sepenuhnya dengan ekonomi Amerika Syarikat, kecuali ia terjadi di masa yang lepas.

"Kesannya sedikit sebanyak ada, tetapi kita bukan berdagang semuanya dengan Amerika Syarikat," katanya.

Dr Mahathir berkata jumlah perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat mencapai 20 peratus satu masa dahulu tetapi sekarang sudah merosot kerana kemampuan membeli di Amerika Syarikat telah berkurangan.

Operasi kerajaan Amerika Syarikat terpaksa dihentikan selepas Kongres menolak pelan kesihatan yang dibawa Presiden Barack Obama. - Bernama

No comments:

Post a Comment