ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MASIH LAGI ADA PELAJAR YANG TAK TAHU NYANYI LAGU "NEGARAKU" ???

Saturday 5 October 2013

MASIH LAGI ADA PELAJAR YANG TAK TAHU NYANYI LAGU "NEGARAKU" ???


Seorang guru sekolah menengah di Semenyih, Selangor didakwa meminta pelajar yang enggan menyanyi dan menghormati lagu kebangsaan agar “balik ke China”. 

Pembantu pengetua di SMK Engku Husain berkata demikian semasa perhimpunan mingguan di sebelah petang pada 23 September.

Beliau didakwa meminta pelajar tersebut “balik” jika tidak menyukai Malaysia.

Menurut pengetua sekolah, Abdul Ghafar Kunchi Mohd memberitahu, pelajar-pelajar terbabit ada di antaranya tidak memahami bahasa Melayu dengan baik malah sebelum ini mereka telah dinasihat dan diberi amaran, malah dirotan kerana tidak menyanyi dan menghormati 'Negaraku' tetapi tidak berkesan.

Pada saya betullah tindakan guru itu, dah masuk sekolah menengah masih tak pandai cakap melayu, masih tak pandai nyanyi lagu negaraku, jadi buat apa duduk di malaysia...???

Saya rasa pelajar sekolah yang buat hal tu mungkin anak 50 ribu pendatang cina yang pernah dilaporkan hilang satu masa dulu, jadi bila ibubapa tak pandai cakap melayu, maka macam mana nak ajar anak, jadi saya harap jabatan imigresen sila buat pemantauan keatas ibu bapa pelajar itu, cuba selidik balik adakah ibu bapa pelajar itu termasuk dalam 50 ribu pendatang cina yang hilang seperti yang di laporkan dulu.

No comments:

Post a Comment