ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 'CIUM KAKI LEPAS SOLAT" - AMALAN PASANGAN KETUA AJARAN SESAT DI PANTAI TIMUR.!

Wednesday 30 October 2013

'CIUM KAKI LEPAS SOLAT" - AMALAN PASANGAN KETUA AJARAN SESAT DI PANTAI TIMUR.!




Cium pipi, dahi dan kaki selepas bersembahyang di dalam gua. Itu antara aktiviti dilakukan pengikut ajaran sesat yang menjadikan sebuah gua di sebuah negeri di pantai timur sebagai markas untuk pengikutnya berkumpul pada masa ditetapkan peneraju kumpulan itu.

Bercampur antara lelaki dan perempuan, mereka bersalaman dengan individu dipanggil ‘Ayahanda’ dan ‘Bonda’ sebelum mengucup kedua-duanya yang menunggu di persada khas seperti katil di gua berkenaan sehingga selesai solat wajib.

Bagaimanapun, dia tidak bersembahyang sebaliknya hanya melihat pengikutnya berbuat demikian.

Pasangan yang disyaki ketua mereka membahasakan diri mereka 'Ayahanda' dan 'Bonda'.
Difahamkan, setiap kali sembahyang terdapat lebih daripada 10 pengikutnya, tetapi jumlah keseluruhan pengikut ajaran terbabit tidak dapat dipastikan.

Mendedahkan perkara itu, Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Shahrom Maarop berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati, pengasas ajaran terbabit berusia 60-an dikesan aktif menyebarkan ajaran dipeloporinya di negeri asal dan negeri lain, malah fahaman karut itu berkait rapat dengan kegemarannya masuk ke hutan serta berdamping dengan hidupan liar seperti harimau serta gajah.

Sumber

No comments:

Post a Comment