ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: CALON BN PRK SUNGAI LIMAU PERTARUHKAN BEKAS PENSYARAH UPSI.

Monday 21 October 2013

CALON BN PRK SUNGAI LIMAU PERTARUHKAN BEKAS PENSYARAH UPSI.


Bekas Pensyarah Kanan Jabatan Kemasyarakatan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sg. Limau.

Nama Dr. Sohaimi, 52, diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Pengumuman Calon BN yang diadakan di Bilik Gerakan BN PRK Sg. Limau di sini hari ini.

Calun BN itu yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda Bahagian Jerai, Kedah adalah merupakan anak tempatan Sg Limau, Kedah.

Beliau  merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Sains kemasyarakatan, Universiti Pendidilan Sultan Idris, Tg Malim, Perak. 

Selain bekas pensyarah, Dr. Sohaimi juga merupakan bekas guru sekolah agama rakyat, Pondok Pak Ya yang terletak di dalam DUN Sg. Limau ini.

Beliau kini Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan kepimpinan BN yang lain. 

No comments:

Post a Comment