ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KIBAR SANG SAKA MALAYA : HISHAMUDDIN RAIS & ADAM ADLI DITAHAN POLIS, A.SAMAD SAID DIMINTA SERAH DIRI !!!

Tuesday 3 September 2013

KIBAR SANG SAKA MALAYA : HISHAMUDDIN RAIS & ADAM ADLI DITAHAN POLIS, A.SAMAD SAID DIMINTA SERAH DIRI !!!

Dua aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi malam tadi bagi membantu siasatan isu menghina bendera Jalur Gemilang pada sambutan malam Ambang Merdeka di ibu negara baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

"Mereka ditahan kira-kira pukul 9 malam tadi dan polis masih menyiasat penglibatan mereka. Kita belum tahu bila mereka akan dibebaskan," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, kedua-dua mereka ditahan ketika berada di sebuah kawasan di Kampung Baru di sini malam tadi.

Adam Adli dalam kenyataan menerusi laman Twitternya memberitahu dia sedang ditahan di IPD tersebut.

Pada sambutan malam Ambang Merdeka di Dataran Merdeka Jumaat lalu, sekumpulan aktivis propembangkang bertindak biadab apabila mengibarkan bendera yang mereka namakan sebagai Sang Saka Malaya.

Menerusi rakaman video yang dipaparkan dalam portal RakyatNews.my (http://www.rakyatnews.my), Hishamuddin dalam ucapan ringkasnya di lokasi tersebut bersikap celupar apabila menggelarkan Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sebagai 'jalur temberang'.

Turut kelihatan bersama Hishamuddin ketika itu ialah aktivis propembangkang, Adam Adli Abdul Halim dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said. Susulan itu, Polis Kuala Lumpur hari ini menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat insiden tersebut.

Sementara itu Sasterawan Negara, A. Samad Said diminta serah diri!


A. Samad Said diminta oleh polis supaya menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung isu pengibaran bendera Sang Saka Malaya dalam satu program ceramah baru-baru ini.

Difahamkan, beliau dikehendaki bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tiga individu dikehendaki bagi siasatan kes itu dan dua daripadanya iaitu Adam Adli Abdul Halim dan Hishamudian Rais telah ditahan polis malam tadi dan sudah bebas hari ini.

Mohon pihak polis dan peguam negara memandang serius perkara ini. Jangan menghampakan majoriti rakyat yang mahukan tindakan keras dan sewajarnya dikenakan kepada mereka.

No comments:

Post a Comment