ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KAFA BUAT TAWARAN RASMI KEPADA PEMAIN UNTUK LIGA-M 2014.

Tuesday 24 September 2013

KAFA BUAT TAWARAN RASMI KEPADA PEMAIN UNTUK LIGA-M 2014.


BELUM pun sepak mula suku akhir pertama Piala Malaysia menghampiri kemuncaknya, drama perpindahan pemain terus bergema sekali gus menggambarkan betapa perjalanan Liga Malaysia (Liga-M) 2014 bakal menjanjikan saingan sengit.

Di kem The Red Warriors (TRW), hujung minggu ini bakal menjadi penentu, siapa yang akan kekal atau memilih haluan baharu ke pasukan lain setelah khabar angin mengenai berita perpindahan pemain pasukan itu bertiup kencang sejak beberapa minggu lalu.


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dipetik menerusi laman Facebooknya, semalam berkata, pihaknya telah mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada semua pemain utama pasukannya untuk disambung kontrak.

“Tawaran ini dibuat dengan kenaikan gaji tertentu mengikut kemampuan kita. Pemain bebas untuk membuat keputusan (sama ada menerima atau menolak tawaran) selewat-lewatnya akhir minggu ini.  

Difahamkan, Setiausaha Agung Kafa merangkap Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim terbang dari Kota Bharu ke ibu negara, tengah hari semalam, semata-mata untuk bertemu Annuar bagi menyelesaikan urusan kontrak pemainnya.

Pada masa masa, Annuar memberitahu, usaha memperkasakan pasukan tetap dilakukan sedaya mungkin sambil mengesahkan beberapa pemain utama dari dalam dan luar pasukannya sudah menandatangani persetujuan untuk menyarung jersi TRW bagi saingan Liga-M musim depan.

Annuar dalam laman sosial sama sebelum ini, pernah membayangkan keperitan beliau membentuk pasukan pada musim depan ekoran beberapa tonggak utamanya dikatakan dipancing beberapa pasukan lain termasuk Johor Darul Takzim (JDT).

Ternyata tarikan JDT, yang ghairah berbelanja besar bagi mendapatkan tonggak utama pasukan juara tiga piala itu untuk musim depan menyebabkan pihak pengurusan Kafa terpaksa tunduk dengan kuasa wang tersebut.

Ekoran kehilangan beberapa tonggak utamanya, pihak pengurusan Kafa besar kemungkinan tidak meletakkan apa-apa sasaran bagi mengharungi saingan liga domestik musim depan.

No comments:

Post a Comment