ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: CHIN PENG MUSUH NEGARA !!! JANGAN SESEKALI DIBAWA PULANG KE MALAYSIA WALAUPUN ABUNYA!!!

Tuesday 17 September 2013

CHIN PENG MUSUH NEGARA !!! JANGAN SESEKALI DIBAWA PULANG KE MALAYSIA WALAUPUN ABUNYA!!!


Kerajaan tidak akan sama sekali membenarkan abu atau mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibawa pulang ke negara ini walaupun diminta ahli keluarga atau sanak-saudaranya.

Sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, mendiang akan terus diingati sebagai pemimpin yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman ke atas rakyat negara ini, selain serangan terhadap pasukan keselamatan.

"Kerajaan tidak akan sesekali menimbangkan permintaan supaya mayat Chin Peng atau abunya ditanam di Malaysia, terlalu banyak sejarah hitam yang dilakukan oleh mendiang."

"Mendiang juga bukan warganegara Malaysia, beliau sebelum ini enggan menjadi warganegara dan kita tiada sebarang ikatan dengan dia sama sekali," katanya dalam sidang akhbar khas di sini malam tadi.

Chin Peng, 90, yang hidup dalam buangan di Thailand disahkan meninggal dunia di Bangkok awal pagi ini akibat sakit tua.

Tegas Perdana Menteri, keganasan komunis terutama di era darurat telah menyebabkan ribuan nyawa terkorban terutama anggota keselamatan di samping beribu yang lain mengalami kecederaan dan kecacatan.

Katanya, rakyat juga menderita kerana kemusnahan harta benda sepanjang PKM melancarkan peperangan ke atas kerajaan selain melakukan sabotaj ke atas ekonomi negara.

"Kerajaan tidak akan terlibat dalam sebarang urusan pengkebumian Chin Peng dan percaya urusan tersebut akan dilakukan di negara berkenaan," katanya.

No comments:

Post a Comment