ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ANUGERAH "SASTERWAN NEGARA" A.SAMAD BOLEH DITARIK BALIK !!!

Saturday 7 September 2013

ANUGERAH "SASTERWAN NEGARA" A.SAMAD BOLEH DITARIK BALIK !!!


PETALING JAYA – Penglibatan Datuk A. Samad Said dalam insiden pengibaran bendera selain Jalur Gemilang pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan Jumaat lalu, boleh menjejas pandangan masyarakat terhadap beliau yang diberi anugerah ‘Sasterawan Negara’.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata masyarakat akan mempunyai tanggapan bahawa terdapat golongan sasterawan yang ‘sakit’ sehingga melakukan tindakan sedemikian bagi mendapatkan perhatian ramai.
“Tidak dinafikan ia sedikit sebanyak menjejaskan gelaran itu dan tidak mustahil jika orang tidak lagi pandang tinggi pada Sasterawan Negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen ‘Saya Sayang Malaysia’ atau #MYSyg di sini, malam ini.
Ditanya sama ada gelaran Sasterawan Negara perlu ditarik balik daripada A.Samad ekoran perkembangan tersebut, Ahmad Shabery berkata perkara itu hanya boleh ditentukan oleh pihak yang memberikan gelaran tersebut.
A. Samad atau nama sebenarnya Abdul Samad bin Muhammad Said dianugerahkan Sasterawan Negara pada 1985 atas sumbangan beliau memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu.
Dalam insiden di Dataran Merdeka itu, A. Samad dikatakan sedang mendeklamasikan sajak berhampiran bendera merah putih dengan 12 bintang kuning disusun tiga baris dalam empat jalur yang kemudiannya dirampas seorang lelaki.
Ahmad Shabery seterusnya menyifatkan tindakan individu yang mengibarkan bendera berkenaan sebagai perbuatan orang yang dahagakan perhatian dan ‘perlu diberikan rawatan’.
“Mungkin mereka ini rasa orang sudah lupa dan tidak pula mempunyai isteri atau anak yang sayang (pada mereka) menyebabkan mereka terkinja-kinja mengibarkan bendera lain semasa orang lain mengibarkan Jalur Gemilang,” katanya.
Beliau juga yakin tindakan itu tidak mendapat sambutan orang ramai termasuk daripada pihak pembangkang kerana isu Jalur Gemilang sebagai simbol kedaulatan negara tidak pernah dibangkitkan sebelum ini.
Mengulas mengenai penglibatan golongan mahasiswa dalam insiden itu, Ahmad Shabery menyifatkan setiap ajaran termasuk yang tidak benar sudah pasti dapat menarik pengikut tersendiri.
Kempen #MYSyg dilancarkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Hari Malaysia bagi menyemarakkan semangat patriotisme rakyat selain mencungkil bakat rakyat menunjukkan rasa cinta kepada negara menerusi laman sosial – Bernama

No comments:

Post a Comment