ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: NIK AZIZ STABIL.

Sunday 25 August 2013

NIK AZIZ STABIL.



KOTA BHARU - Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di Kota Bharu, Ahad lalu.

Difahamkan, Mursyidul Am Pas itu dikatakan mengalami kesukaran untuk membuang air kecil, selain demam dan kesan penyakit lain yang dihidapinya sebelum ini seperti cirit birit.

Menurut sumber Sinar Harian ketika ini,  doktor mahu melihat kesesuaian ubat baru menyebabkan Nik Aziz ditahan di wad lebih lama berbanding sebelum ini.

“Beliau juga kelihatan bertenaga sekarang boleh berjalan di sekitar wadnya. Tok Guru nampak bersemangat bercakap mengenai konflik yang berlaku di Mesir sekarang,” katanya.

No comments:

Post a Comment