ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SENIWATI UMI KALTHUM MENINGGAL DUNIA (VIDEO INSIDE)

Wednesday 24 July 2013

SENIWATI UMI KALTHUM MENINGGAL DUNIA (VIDEO INSIDE)

Foto


KUALA LUMPUR: Seniwati veteran, Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia dalam keadaan tidur di rumah anak sulungnya, Noraini Jaafar di Taman Melawati, Hulu Klang, di sini, kira-kira jam 4 pagi tadi.

Kejadian itu disedari anak sulungnya yang mendapati arwah tidak bergerak ketika mengejutkannya untuk bersahur.

Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahaudin sudah berlakon lebih 20 buah filem antaranya Dahlia, Kampung Nelayan, Bawang Putih Bawang Merah, Pontianak Gua Musang, Tunang Pa' Dukun, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok, Esok Untuk Siapa, Abang dan Syukur 21.

Wataknya jahatnya sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah digandingkan dengan Allahyarham Latifah Omar benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton.

Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di Asia pada zaman kegemilangannya oleh majalah Life pada 1956.

Hasil perkahwinannya dengan Allahyarham Datuk S Roomai Noor dan suami pertama dikenali sebagai Jaafar dikurniakan lapan anak, 22 cucu dan seorang cicit.

Turut hadir menziarah jenazah Allahyarham ialah pelakon veteran seperti Datuk Mustapha Maarof, Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Maria Menado, Datin Rosnani Jamil, Datuk Aziz Sattar, Mariani Ismail dan Datuk Yusof Haslam.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang dekat sini selepas solat Zohor, tadi. - Harian Metro

No comments:

Post a Comment