ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PRK KUALA BESUT : PAS JADIKAN MASJID TEMPAT BERKEMPEN !!!

Sunday 14 July 2013

PRK KUALA BESUT : PAS JADIKAN MASJID TEMPAT BERKEMPEN !!!



Sudahlah menggunakan masjid untuk berpolitik, menipu pula pengundi Kuala Besut di dalam rumah Allah!!! Apa nak hairan dengan puak-puak PAS ni, Kalimah Allah pun mereka sanggup lacurkan demi kepentingan politik,ini kan pula menipu dalam masjid !!!



Video diatas sempat dirakam oleh rakan blogger Bela 13 di sebuah masjid di Kuala Besut.Kenyataan menipu penceramah PAS dikesan pada minit 0:25 apabila dia menyatakan ...
Sekiranya berjaya menang 16-16 maka insyallah dengan takdir Allah kita boleh memerintah balik Terengganu
Sudahlah menipu dalam masjid,jual nama Allah pulak tu. Menang atau kalah pembangkang tidak akan berjaya memerintah Terengganu kerana kawasan DUN di Terengganu ni cuma ada 32 kerusi dan kini Barisan Nasional memenangi 17 kerusi berbanding dengan Pakatan Pembangkang.

Jika PAS memenangi kerusi Kuala Besut, maka kedudukan akan menjadi 16-16. Dalam sidang DUN, kuasa penentu terakhir ditentukan oleh speaker yang dilantik oleh kerajaan, jadi bagaimana mereka mengatakan bahawa mereka boleh memerintah?

Jika sesuatu keputusan tidak dapat diputuskan, maka keputusan akhir akan ditentukan oleh speaker sama ada menyokong atau menolak sesebuah usul atau cadangan.


Sumber

No comments:

Post a Comment