ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PRK DUN KUALA BESUT : TGNA BANTU CALON BERKEMPEN GESA PENGUNDI PILIH PAS UNTUK KE "SYURGA" !!!

Saturday 20 July 2013

PRK DUN KUALA BESUT : TGNA BANTU CALON BERKEMPEN GESA PENGUNDI PILIH PAS UNTUK KE "SYURGA" !!!


Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut dihangatkan lagi dengan kehadiran Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut membantu kempen calon parti Islam itu, Endut@Azlan Yusof.

Nik Aziz dalam ceramah kempennya malam tadi menggesa pengundi Kuala Besut memilih parti komponen Pakatan Rakyat (PR) berkenaan, kerana Umno jelasnya menolak Islam dengan memilih semangat kebangsaan.

"Umno tolak Islam ambil kebangsaan, bela orang Melayu boleh bawa ke akhirat ke? Kalau Melayu boleh jamin masuk syurga ke?" katanya ketika berceramah di hadapan hampir 800 penyokong PAS selepas selesai solat Terawih semalam.

Nik Aziz dalam ceramahnya juga menegaskan bantuan membina masjid yang dihulurkan Umno menjadikan umat Islam semakin kedekut dan melupuskan budaya menderma.

Oleh itu, jelas veteran PAS itu,  kerajaan Kelantan yang pernah ditadbirnya sebelum ini tidak membina masjid, sebaliknya hanya memberikan bantuan kepada pembinaan masjid, supaya rakyat menderma untuk membina rumah Allah itu.

"Umno suruh buat masjid, dia sendiri tidak sembahyang. Umno buat masjid, buat surau orang Kelantan jadi kedekut, cari duit buat rumah, masjid tidak buat," katanya.

"Jahat Umno ini takut cakap benda betul, cakap perkara salah," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ceramah sama turut membangkitkan isu calon BN yang menetap di Putrajaya dan membandingkan dengan Che Long yang lebih mudah ditemui kerana menetap di Kuala Besut.

"Ada orang tu duduk jauh. Duduk Kuala Lumpur. Bila habis pilihan raya kecil ini nanti, semua orang balik, jentera balik, tapi kalau tuan-tuan pilih Che Long, memang kita selalu boleh jumpa dia," katanya.

Che Long yang turut hadir dalam ceramah di kawasan perkampungan berhampiran Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang ucapan.

Terdapat 17,679  pengundi berdaftar di kerusi DUN Kuala Besut, dengan pengundian awal akan dilaksanakan pada 20 Julai.

Kedudukan kerusi DUN Terengganu kini genting kerana BN mempunyai 16 kerusi sementara PR 15.

Kemenangan calon PAS akan menyebabkan kedudukan kerusi menjadi 16:16 dan DUN Terengganu akan tergantung. - 19 Julai, 2013.

Kenyataan Terbaru Nik Aziz, Sifatkan Orang UMNO Tidak Sembahyang Pula #KualaBesut

No comments:

Post a Comment