ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PRK DUN KUALA BESUT : FITNAH TERLAMPAU PAS YANG SEMAKIN TERDESAK !!!

Wednesday 24 July 2013

PRK DUN KUALA BESUT : FITNAH TERLAMPAU PAS YANG SEMAKIN TERDESAK !!!



PRK DUN Kuala Besut nampaknya semakin hebat. Bermula dengan SMS yang meminta penduduk agar mengambil wang RM500 daripada calon Barisan Nasional DUN Kuala Besut, Tengku Zaihan, sehinggalah kepada surat arahan pengambilan pemberian daripada kepimpinan Barisan Nasional Negeri, sudah mula menampakkan kecacatan pilihanraya kecil yang disifatkan sebagai paling aman sebelum ini.

Satu laporan polis telah dibuat oleh penama dalam surat palsu berkenaan pagi tadi.

Surat palsu dan SMS diedarkan kononnya Surat palsu tersebut menyatakan kononnya TPM telah meluluskan pemberian sumbangan duit raya kepada seluruh pengundi dalam DUN Kuala Besut tanpa mengira fahaman politik. Pendahuluan berjumlah RM300 telah diberikan bermula 22 Julai, semalam. 


SMS palsu yang disebarkan pula meminta pengundi untuk mendapatkan RM300 daripada pengerusi JKKK sebelum atau pada 5 Mei 2013. Ianya datang daripada nombor 013-6021729 yang gagal untuk dihubungi semula. Penyebaran surat dan SMS palsu ini dipercayai untuk mengelirukan pengundi dan mengucar-kacirkan jentera dan bilik gerakan Barisan Nasional apabila diserbu pengundi.

Nampaknya PAS semakin terdesak di Kuala Besut. Bukan sahaja mereka resah dengan calon PAS yang terpaksa dizip mulut tidak dibenarkan menjawab soalan spontan, calon itu juga didakwa kroni kuat Husam Musa.


Malah, wujud konflik besar sesama muslimat PAS dan jentera parti di PRK Kuala Besut. Begitu juga dengan tindakan PAS yang memberi minyak percuma kepada penduduk Kuala Besut, satu bentuk rasuah yang sangat nyata.
http://hambaliabdullah.blogspot.com/2013/07/prk-dun-kuala-besut-pas-rasuah-pengundi.html

Segala kekalutan dalam jentera PAS dan PKR itu bagaimana pun memudahkan lagi untuk pengundi-pengundi membuat keputusan dan menolak calon PAS pada esok hari.

No comments:

Post a Comment