ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PENDAKWAAN PASANGAN ALVIN & VIVIAN YANG MENGHINA ISLAM ADALAH LANGKAH TEPAT !!!

Friday 19 July 2013

PENDAKWAAN PASANGAN ALVIN & VIVIAN YANG MENGHINA ISLAM ADALAH LANGKAH TEPAT !!!

Alvin, Vivian hadapi tiga tuduhan hina Islam

Alvin Tan, Vivian Lee hadapi tiga tuduhan hina Islam

Alvin Tan Jye Yee dan pasangannya Vivian Lee dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini, hari ini, kerana menghina agama Islam dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook, dua minggu lalu.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial facebook "Alvi dan Vivian-Alvivi". Penerbitan itu mengandungi gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh).. wangi, enak, menyelerakan!!!"" yang mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut. 

Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

Tuduhan kedua mereka juga didakwa memuat naik penerbitan itu di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi, yang mana perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan agama berlainan. Mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, kedua-dua tertuduh didakwa mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di www.alviviswingers.tumblr.com. Mereka didakwa mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Murtazadi Amran, sebentar tadi.


Alvin Tan, Vivian Lee mohon dibicara

Pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tiga tuduhan mempamer gambar lucah, menerbitkan satu penerbitan menghasut serta memuat naik kandungan itu di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Mereka yang mencetuskan kontroversi dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bagi semua tuduhan itu.


http://www.youtube.com/watch?v=_dOpLdIPoEI&feature=c4-overview&list=UU22UFqscznRcYicQUpmLTeg


Alvin Tan, Vivian Lee Dihantar Ke Penjara

Wartawan The Star pula melaporkan bahawa kedua-duanya ditolak ikat jamin dan dimasukkan ke dalam penjara Sungai Buloh dan Kajang.



Alvin Tan, Vivian Lee Tidak Dibenarkan Ikat Jamin

PUTRAJAYA - Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivan Lee tidak dilepaskan dengan jaminan di mahkamah hari ini kerana mereka mempunyai kecenderungan untuk memuat naik kandungan yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai.

“Setelah mempertimbangkan undang-undang dan fakta berhubung kejadian tersebut, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengenakan pendakwaan terhadap mereka."

“Tindakan untuk mendakwa mereka juga dibuat lanjutan daripada kejadian seorang individu diculik dan dipukul oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai rentetan daripada perbuatan mereka (Tan dan Lee)” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment