ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JANJI HUSAM KEPADA PENGUNDI PRK DUN KUALA BESUT !!!

Thursday 18 July 2013

JANJI HUSAM KEPADA PENGUNDI PRK DUN KUALA BESUT !!!


Dalam kedamaian kempen PRK Dun Kuala Besut, Husam sebagaimana biasa membawa isu berkaitan royalti minyak.

Dalam ceramah kelompok beliau di Kg Pusu Tinggi, Husam mengambil Qatar sebuah negara OPEC untuk dibandingkan dengan sebuah Negeri Terengganu dalam soal pengeluaran minyak.

Beliau juga cuba membayangkan  seolah olah setiap rakyat di Terengganu boleh hidup seperti rakyat Qatar mewah dan memiliki tanah dan rumah besar besar persis seorang peniaga Skim Cepat Kaya yang memotivasikan rakyat supaya merasa diri sentiasa ditindas.

Adakah Husam sedar bahawa ramai rakyat tahu berfikir, bagaimana mungkin membandingkan sebuah Negeri dengan sebuah Negara Qatar yang hanya mempunyai penduduk seramai 1.9 juta orang.

Lain kali kalau  nak bandingkan sesuatu biar kena pada tempatnya, bandingkanlah Qatar dengan Negara Malaysia yang berpopulasi 28 juta, barulah adil.

Husam sepatutnya melihat semula ke negeri Kelantan semasa beliau menjadi Exco negeri selama berpuluh tahun.


  • Apakah Husam bawa kepada rakyat Kelantan? 
  • Apakah janji janji yang ditabur olehnya semasa PRU13 lalu sedang/telah tertunai?
  • Apakah perkembangan Lebuhraya Rakyat? 
  • Apakah Perkembangan Bandar Sukan Bukit Merbau? 
  • Yang sehingga kini tiada nampak perkembangan yang jelas melainkan Siaran Youtube yang menyiarkan Perkembangan Lebuhraya Kota Bharu -Kuala Krai kira kira 2 bulan yang lepas.


No comments:

Post a Comment