ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HINA ISLAM : AKTA HASUTAN BOLEH DIGUNAKAN TERHADAP PASANGAN ALVIN & VIVIAN !!! @Zahid_Hamidi @shaberyc

Thursday 18 July 2013

HINA ISLAM : AKTA HASUTAN BOLEH DIGUNAKAN TERHADAP PASANGAN ALVIN & VIVIAN !!! @Zahid_Hamidi @shaberyc

Apa yang diberitahu oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail Selasa mungkin akan mengundang rasa gerun mereka yang gatal tangan nak persenda agama orang lain dan lain-lain yang menyentuh sensitiviti seumpamanya

Pasangan yang bikin sensasi menerusi blog porno mereka Alvin Tan dan Vivian Lee jangan ingat mereka hanya boleh didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia saja kerana isu 'selamat menyambut Rahadhan bak kut teh'

Menjawab soalan wartawan semasa sidang akhbar selepas satu majlis di Bangi,Gani mengesahkan Akta Hasutan boleh digunakan untuk siasat dan dakwa mereka.

Katanya pertimbangan akan dibuat untuk tujuan berkenaan.

Hukuman dibawah Akta Hasutan adalah lebih berat dibandingkan dengan bawa Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menurut Gani pasangan Alvin dan Vivian boleh didakwa serentak dibawah dua akta berkenaan.

Beliau diminta mengulas cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia DS Shabery Cheek bahawa mereka harus didakwa dibawah Akta Hasutan.
- AGENDA DAILY - 


Antara Akta yang boleh digunapakai untuk mendakwa Pasangan Alvin dan Vivian
Seksyen 211, Peruntukan Akta 588 SKMM

"Larangan terhadap pemberian kandungan jelik". 

Apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi 50Ribu ataupun penjara selama tidak melebihi tempoh 1 tahun.

No comments:

Post a Comment