ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: UiTM DIHAPUSKAN JIKA PR PERINTAH MALAYSIA !!!

Monday 17 June 2013

UiTM DIHAPUSKAN JIKA PR PERINTAH MALAYSIA !!!

Universiti Teknologi Mara (UiTM) bakal dihapus sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menakluk Putrajaya. Itulah pendedahan yang dilakukan sebuah blog pro Pakatan Rakyat iaitu suarapakatanrakyat.com.

Ikuti pendedahan yang dilakukan blog tersebut;

KENYATAAN Pengarah Eksekutif SUARAM. Dr. Kua Kia Soong berhubung penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dikatakan bercanggah dengan piagam PBB, memang bertepatan pada maksud dan keadaannya. 
Sesungguhnya UiTM memang sudah lama menjadi misteri besar kepada masyarakat Cina terutamanya kerana polisi universiti berkenaan yang hanya membuka ruang begitu kecil untuk masyarakat bukan Islam menyertainya berbanding dengan orang Melayu/bumiputra.  Dianggarkan kira-kira 5% sahaja dari keseluruhan pelajar UiTM yang terdiri dari orang bukan bumiputera. 
UiTM sekarang mempunyai hampir 200,000 orang pelajar (tidak termasuk pelajar luar negara). 
Tidak hairanlah kenapa ada yang berpandangan UiTM meluaskan lagi jurang perkauman yang wujud antara pelbagai bangsa di negara ini – terutamanya membabitkan hubungan antara Melayu dan Cina. 
Maka itulah cadangan SUARAM supaya UiTM ditutup atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, memang wajar. Pakatan Rakyat telah lama tidak berpuas hati dengan kewujudan UiTM dan dasar-dasarnya yang meminggirkan masyarakat bukan bumiputera di negara kita ini. 
Walaupun belum tertulis dalam mana-mana dokumen Pakatan Rakyat pernyataan untuk menutup UiTM, tapi laman ini menjangkakan perkara itu akan dimasukkan dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU14 yang akan datang. 
Kita yakin rakyat akan menyokong perkara tersebut kerana matlamat untuk menyaksikan perpaduan di negara ini menjadi kenyataan.  Selagi institusi pendidikan seperti UiTM ini masih wujud, selama itulah jurang perkauman antara masyarakat majmuk di negara ini masih berterusan.
Lagipun, apakah sangat pencapaian UiTM yang boleh dibanggakan?  Sudah berapa ramai cendiakawan-cendiakawan bertaraf dunia  yang telah dihasilkan Universiti tersebut?  Seingat laman ini, hampir tidak ada.  Malah kedudukan UiTM dalam ranking Universiti dunia  begitu teruk sekali – sekurang-kurangnya bukan pada kedudukan 10 teratas. 
Tambah menggelikan hati, sepengetahuan laman ini, UiTM hanya setakat mampu mengadakan kerjasama dalam bentuk MoU dengan pereka kasut terkenal antarabangsa, Datuk Jimmy Choo yang disifatkan ramai orang sebagai antara lawak jenaka abad ini.  Untuk apa sebuah Universiti yang kononnya ‘terkemuka’ mendalami soal pembuatan kasut? 
Elok tutup sajalah Universiti tu.  Pencapaian tak seberapa, heboh saja lebih. ~suarapakatanrakyat.com

No comments:

Post a Comment