ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TOLAK ISLAM AGAMA RASMI - APA PENDIRIAN PAS???

Friday 28 June 2013

TOLAK ISLAM AGAMA RASMI - APA PENDIRIAN PAS???


Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menyatakan pendirian beliau tidak bersetuju untuk menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Teresa dihadapan Hakim Siti Khadijah dalam perbicaraannya terhadap Utusan Melayu (M) Bhd di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.

Ketika perbicaraan, Peguam Mohana Kumar yang mewakili Utusan menyoal Teresa samaada beliau bersetuju ataupun tidak pewartaan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan oleh.

"Tidak setuju," kata Teresa.

Teresa yang diwakili oleh Peguam Sankara Nair kemudiannya kerap membantah soalan-soalan seterusnya yang diajukan kepadanya.

Saman Teresa terhadap utusan difailkan pada Februari 2009 ekoran dakwanya Utusan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah keatas dirinya. -  RakyatNews



Apa orang PAS hendak respon terhadap kenyataan Teresa Kok ini???

Memang sudah terserlah apa agenda DAP sebenarnya. Itu pun, PAS dijangka akan terus bersahabat dengan DAP semata mata kerana ingin kuasa. Prinsip agama diketepikan terus kerana kuasa. Masihkah ada lagi orang Islam mahu biarkan sesuatu yang tidak baik berlaku pada umat Islam di negara ini???

No comments:

Post a Comment