ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI - ADUN KUALA BESUT (BESUT, TERENGGANU) MENINGGAL DUNIA AKIBAT KANSER.

Wednesday 26 June 2013

TERKINI - ADUN KUALA BESUT (BESUT, TERENGGANU) MENINGGAL DUNIA AKIBAT KANSER.


Terkini: 

Adun Kuala Besut dalam daerah Besut di Terengganu, sebentar tadi dimaklumkan bahawa telah meninggal dunia akibat kanser Paru-paru.

Beliau yang juga Adun Kuala Besut merangkap exco kerajaan negeri Terengganu, iaitu Dr A Rahman Mokhtar telah meninggal dunia jam 10.18 pagi tadi setelah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu sejak Khamis lalu dan di tempatkan di wad ICU selepas mengalami masalah pernafasan. Allahyarham meninggalkan seorang balu Puan Azizah Omar dan empat orang anak. Jenazah allahyarham akan disembahyang dan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut hari ini selepas asar.

Dilahirkan pada 28 Mac 1958 di Kg. Pulau Perhentian, allahyarham mendapat ijazah kedoktoran dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau kemudiannya mendapat ijazah lanjutan Master of Public Helath dari Manila. YB Dr. Haji A. Rahman selalu mengimbau zaman kanak-kanak yang sederhana tetapi tetap bermakna sebagai seorang anak nelayan di Pulau Perhentian.

Marilah sama-sama kita sedekahkah surah Alfatihah dan mendoakan beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah...
Takziah kepada keluarga allahyarham….

No comments:

Post a Comment