ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: POLITIK KEBENCIAN MELAMPAU BAKAL MUSNAHKAN NEGARA !!!

Friday 28 June 2013

POLITIK KEBENCIAN MELAMPAU BAKAL MUSNAHKAN NEGARA !!!

Pakatan pembangkang seharusnya menerima realiti kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan tindakan mengheret rakyat melalui politik melampau selepas kegagalan merampas Putrajaya, seharusnya dihentikan.
Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Abdul Halim Bin Sidek berkata kesan tindakan politik melampau dan politik kebencian ini telah menyebabkan rakyat sudah tidak lagi menghayati dan menghormati Rukun Negara yang menjadi asas kepada kestabilan, keharmonian dan kemajuan negara.
Tegas beliau sepatutnya setiap warganegara Malaysia mesti mendukung, berikrar dan berpegang teguh kepada cita-cita dan prinsip-prinsip Rukun Negara yang merupakan salah satu asas pembinaan negara bangsa.
Beliau berpendapat bahawa kebelakangan ini ramai pemimpin pakatan pembangkang membelakangi asas-asas pembinaan negara bangsa di dalam kenyataan-kenyataan dan tindak tanduk mereka serta menyinggung ramai pihak.
“Sekarang ini mereka seperti sudah tidak ada lagi jati diri sebagai rakyat Malaysia. Jika mereka mempunyai jati diri, sudah pasti mereka akan mengutamakan negara berbanding keutamaan diri mereka sendiri."
“Jika jati diri mereka kuat, semangat patriotik mereka kuat dan kental, mereka akan jadi warganegara yang baik, akan menjaga keamanan dan sedia berkorban untuk Negara bukan cuba untuk memporak perandakan, membuat huru hara dan akhirnya akan menganggu-gugat keharmonian Negara."
“Walaupun mungkin ada perbezaan pendapat dari segi ideologi politik, tetapi kita tidak seharusnya mengorbankan negara dengan mewujudkan suasana yang tidak harmoni ini kerana akhirnya negara akan rosak atau musnah,” katanya.
Beliau juga berkata, “Bagi memastikan perpaduan kaum di Negara ini terpelihara, setiap warganegara hendaklah dari segi perlakuan dan tindak-tanduk mereka tidak mengenepikan kewujudan cita-cita serta prinsip-prinsip Rukun Negara yang menjadi pegangan setiap rakyat di negara ini”.
Pada masa yang sama beliau juga menyeru agar prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, yang menekankan kepada personaliti dan perlakuan seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi juga tidak diketepikan bagi membantu mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni di samping senantiasa memelihara perpaduan kaum di negara ini.

No comments:

Post a Comment