ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PERHIMPUNAN BLACK #KL622 : HUSAM MUSA DI REMAN 2 HARI !!!

Sunday 23 June 2013

PERHIMPUNAN BLACK #KL622 : HUSAM MUSA DI REMAN 2 HARI !!!


Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa ditahan polis di sebuah restoran di Desa Pandan, Ampang semalam berhubung ucapannya di Kelantan baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah mengesahkan pemimpin parti itu ditahan pada pukul 3.40 petang ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Sebaik sahaja ditahan, Husam dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi tujuan dokumentasi sebelum dibawa ke Kota Bharu, Kelantan untuk siasatan lanjut.

Menurut Hadi Ho, penahanan Husam itu dibuat berkaitan satu laporan polis yang dibuat di Kelantan pada 12 Jun lalu.

- Permohonan reman telah dibuat oleh Asp Noland di IPD Kota Bharu pada 23/6/2013 jam 10.30 pagi di hadapan Majsitret Tuan Nik Habri bin Muhammad.
- 4 Peguambela hadir mewakili Husam.
- Permohonan reman telah diluluskan selama 2 hari, dari hari ini sehingga 24/6/2013.

Sumber

No comments:

Post a Comment