ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAJLIS SYURA PAS BIDAS KENYATAAN ZAHID MAHU HUSAM JADI PRESIDEN PAS !!!

Friday 21 June 2013

MAJLIS SYURA PAS BIDAS KENYATAAN ZAHID MAHU HUSAM JADI PRESIDEN PAS !!!



Majlis Syura Ulama PAS akan memastikan kepimpinan ulama akan terus dipertahankan bagi meneruskan kelangsungan presiden dari kalangan tokoh agama. 

Setiausahanya Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata pandangan sesetengah pihak yang mendakwa masa depan PAS akan lebih cerah jika diterajui naib presidennya Datuk Husam Musa tiada asas yang kukuh. 

Ini kerana tegas Nik Zawawi, perjuangan PAS tidak mementingkan individu dan sokongan rakyat kepada parti atas dasar yang diperjuangkan. 

"Perjuangan kita dalam PAS meletakkan parti Islam bukan kepentingan individu...bermaksud kita perjuangkan Islam.

"PAS berteraskan kepada kepimpinan ulama dan sokongan diberikan kerana ulama ialah individu yang dekati Islam, memahami Islam dan tahu selok-belok Islam," katanya kepada media.

Beliau berkata demikian sebagai respons kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berpendapat masa depan PAS akan lebih cerah sekiranya dipimpin oleh Husam.

Ini kerana, kata beliau, majoriti penyokong PAS sekarang terdiri daripada golongan muda dan berdasarkan pemerhatian beliau, Husam adalah pemimpin paling digemari oleh golongan itu.

Menurut Zaid yang juga pernah bersama PKR dan Pakatan Rakyat, PAS kini yang dipimpin oleh golongan 'veteran' perlu melakukan pendekatan berbeza sekiranya mahu menarik minat penyokong majoritinya.

"Saya nampak orang-orang muda yang penyokong PAS, masa depannya (PAS) terdiri daripada golongan ini. Saya nampak pemimpin yang mereka minat dan dapat ikut ialah Husam," katanya.

Menurut Nik Zawawi, kenyataan Zaid itu tidak benar .

"Itu kenyataan yang tak betul, orang sokong PAS bukan sebab individu tapi dasar yang dibawa PAS.

"...sebab PAS pertahan dan perjuangkan Islam, tahaluf siyasi juga antara perkara dalam Islam.

"Sokongan kepada PAS adalah disebabkan keindahan Islam bukan individu," katanya.

Justeru kata beliau, kepimpinan ulama adalah perkara yang perlu dipertahankan entiti tertinggi PAS itu.

"Ya, kepimpinan ulama adalah dasar kepada perjuangan PAS yang perlu dipertahankan Majlis Syura Ulama," katanya

No comments:

Post a Comment