ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HUSAM MUSA DITAHAN MENGIKUT AKTA HASUTAN !!!

Saturday 22 June 2013

HUSAM MUSA DITAHAN MENGIKUT AKTA HASUTAN !!!


KUALA LUMPUR – Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan 1948 berkaitan kenyataannya mengenai ‘mati syahid’ di Kelantan baru-baru ini.
Penahanan Husam mengikut seksyen itu disahkan polis menerusi kenyataan yang disiarkan di laman Facebook PDRM (Polis Diraja Malaysia), Sabtu.
Kenyataan itu berkata Husam ditahan pada 4 petang ini di Kampung Pandan, Ampang, Selangor.
Husam di dalam laman twitternya sebelum ini memaklumkan beliau ditahan di Ampang oleh polis Bukit Aman dan dibawa ke Balai Polis Ampang.
“Akan dibawa ke Kelantan untuk siasat bawah Akta Hasutan,” katanya.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan mengesahkan penahanan Husam dan berkata kes berkenaan dikendalikan oleh Bukit Aman.
Husam seperti dilaporkan dalam Harakahdaily Ahad lalu berkata peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan pembangkang di Padang Merbok di sini Sabtu dianggap sebagai mati syahid.
Kenyataannya itu bertentangan dengan pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang mahu anggota parti mematuhi pendirian dan nasihat Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tiada paksaan untuk mereka menyertai perhimpunan itu – Bernama

Husam yang sepatutnya berucap di perhimpunan Black505 di Padang Merbok tengah hari ini tidak sempat berbuat demikian. Ketiadaan Husam di perhimpunan tadi menjadi tanda tanya kerana beliau dikatakan antara pemidato utama. -MSO

Pada pandangan saya polis telah melakukan satu tindakan yang amat wajar sekali. Penghasut ini harus dibicarakan dengan kadar segera. Tidak perlu berlengah lagi. Janganlah macai pakatan tuduh polis zalim pula kerana Husam sebenarnya yang jelas membodohkan dirinya zalim terhadap diri sendiri.Sudahlah menghasut satu hal, pihak jabatan agama juga boleh mengenakan tindakan diatas kesesatan Husam mengeluarkan fatwa yang amat songsang dan mengelirukan bagi menghalalkan kehadiran ke himpunan haram ini.
KOTA BHARU: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa beranggapan mana-mana peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Blackout 505 bagi membantah dakwaan penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu adalah mati syahid.Bagaimanapun, Husam yang dipetik organ rasmi parti itu, Harakahdaily berkata tidaklah menjadi niat PAS untuk terkorban dalam perhimpunan ini.
"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya-Allah ia adalah syahid fi sabillah...
"Kita boleh reda dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk reda dengan penipuan dan maksiat. Tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," katanya yang dipetik portal milik pembangkang itu.

No comments:

Post a Comment