ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SIAPA SEBENAR HUSAM MUSA ???

Wednesday 1 May 2013

SIAPA SEBENAR HUSAM MUSA ???


“Semua maklumat dalam buku betul. Saya cabar beliau (Datuk Husam Musa) untuk membuat laporan polis supaya siasatan dapat dibuat untuk memastikan sama ada (kandungan buku) betul atau sebaliknya,”kata penulis blog Kickdefella.net, nama pena kepada Syed Azidi Syed Abdul Aziz mengenai penyebaran buku “Kenali Siapa Husam Musa: Politik Wang dan Kronisme”

Kickdefella yang juga pernah menjadi pegawai khas kepada Datuk Husam Musa mendakwa kandungan buku itu betul berdasarkan pengalamannya bekerja selama lebih dua tahun.
“Berdasarkan kepada pengalaman saya selama dua tahun tujuh bulan (berkhidmat) dengan beliau dan maklumat yang saya dapat akses sepanjang tempoh itu, maklumat yang ada dalam buku ini yang saya tahu semua betul,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kelab Tasik Putrajaya, semalam yang turut dihadiri oleh Pengerusi Media Siber 1Malaysia, (Cyber1M), Tun Faisal Ismail Aziz.
Mengulas tentang satu tajuk dalam buku itu, “Kroni Politik dan Pengutip Derma Husam Musa”, Kickdefella berkata, beliau mengenali lapan individu yang disenaraikan itu dan mereka adalah kawan baik Husam.
“Malah seorang daripada individu berkenaan pernah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya.
“Mereka adalah rakan baik Husam dan maklumat mengenai program yang tidak berjaya diceritakan dalam buku itu juga setahu saya adalah betul,” katanya.
Menurutnya senarai lapan individu tertulis pada buku itu termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Pas), bekas senator yang juga bekas Setiausaha UMNO Kelantan yang menyertai PAS serta pengarah urusan syarikat di mana Husam menjadi pengerusi syarikat berkenaan.
“Lima individu lain ialah abang kepada Yang Dipertua Dewan Pemuda PAS Kelantan yang juga seorang ahli lembaga pengarah sebuah agensi berkaitan Husam terbabit dalam projek kambing jamnapari, tetapi gagal.
“Selain itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan serta ahli lembaga pengarah sebuah agensi juga berkait rapat dengan Husam dan beliau turut terbabit dalam membiayai projek kambing jamnapari,” katanya.
Tambahnya lagi, tiga individu lain ialah aktivis PAS, seorang aktivis Gerakan Islam di Kelantan pernah berguru dengan bapa Husam serta bekas wakil rakyat PAS yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Kelantan.

No comments:

Post a Comment