ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PEMUDA PAS DAN PKR BERTELAGAH !!!

Tuesday 28 May 2013

PEMUDA PAS DAN PKR BERTELAGAH !!!



Hubungan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) ibarat retak menanti belah apabila pemimpin kedua-dua sayap PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini mula bertelagah dan saling menyalahkan antara satu sama lain terhadap kegagalan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU12), 5 Mei lalu.

Ia bermula apabila Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin pada Kongres Nasional PKR Ke-9 baru-baru ini secara terbuka menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan penyokong PKR kerana didakwa mencerca calon parti itu semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.

Shamsul Iskandar turut membidas Abdul Hadi kerana mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan PKR hingga menyaksikan wujud pertembungan antara kedua-dua parti pada PRU13 di beberapa kawasan dan seterusnya menyebabkan kekalahan kepada pakatan pembangkang.

Berang dengan tohmahan yang dilemparkan oleh AMK tersebut, Dewan Pemuda PAS Gombak (DPP Gombak) bertindak mempertahankan Presiden PAS dengan menggesa AMK supaya tidak bersikap sombong dan sedar tentang masalah yang sering ditimbulkan PKR dalam pakatan pembangkang selama ini.

“Kami tidak kisah untuk AMK mengkritik mana-mana pimpinan PAS, tapi kita ada saluran dalaman yang menjadi amalan selama ini. AMK pula menjadi penyambung lidah macai Barisan Nasional (BN),” katanya melalui satu kenyataan media.

Abdul Hadi pada kempen PRU13 membuat kenyataan terbuka pertindihan kerusi yang berlaku antara PAS dan PKR bertujuan menggelakkan calon daripada lompat parti.Presiden PAS itu semasa kempennya juga mendakwa terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah “pil kuda” dan berideologi komunis.

Bertindak mempertahankan Presiden PAS, Syarhan Humaizi berkata, Shamsul Iskandar sepatutnya sedar wakil rakyat PKR yang diambil secara serkap jarang untuk menghadapi PRU12 telah menyebabkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang Perak pada 2008.

Katanya, lebih memalukan buat PKR apabila beberapa wakil rakyat parti itu turut mengkhianati PAS dan DAP dengan melompat parti dan sebab itu Abdul Hadi mengambil keputusan untuk menegur calon PKR pada PRU13.

Justeru, katanya, tindakan Presiden PAS mencerca calon tangkap muat PKR pada PRU13 adalah wajar dan tidak sepatutnya dipertikaikan oleh AMK.

Syarhan Humaizi juga meminta AMK sedar dan insaf tentang kekangan serta ketandusan petugas pilihan raya mereka pada PRU13 kerana kebanyakan petugas-petugas AMK dan PKR hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu bertindak dan akhirnya jentera Pemuda PAS terpaksa membantu mereka.

“Ia dilihat sendiri oleh rakyat yang akhirnya menyaksikan beberapa calon PKR ditolak di peringkat Parlimen sedangkan calon PAS di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) menang besar,” tegasnya.

Tambahnya, PAS berusaha melahirkan jentera dan petugas yang istiqamah, namun mereka bukan macai calon PKR.


Pemuda PAS Gombak meminta Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak menggunakan media atau mengkritik secara terbuka berhubung masalah parti komponen itu.
Ketua Pemuda PAS Gombak, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata demikian mengulas kenyataan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menyelar tindakan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencerca calon PKR tanpa bukti pada kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.
Katanya, ini kerana beliau bimbang konflik dalaman parti komponen dijadikan bahan melaga-lagakan sesama parti oleh Umno-Barisan Nasional (BN).
“Kami tidak kisah AMK mengkritik mana-mana pimpinan PAS, tetapi perlu menggunakan saluran dalaman yang menjadi amalan kita selama ini.
“Kami tidak kisah jika ia datang dari media Umno-BN tetapi kali ini AMK yang menghentam Presiden PAS secara terbuka,” katanya melalui kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.
Katanya, AMK seharusnya menjadikan pengalaman calon lompat parti semasa PRU12 sebagai pengajaran sehingga menyebabkan Perak dirampas BN.
“PR dimalukan dengan insiden wakil PKR keluar parti seperti Parlimen Bayan Baru, Nibong Tebal, Wangsa Maju, Parlimen Bagan Serai dan Kulim-Bandar Baru.
“Ini bukan sahaja pengkhianatan kepada rakan PR, malah pengkhianatan terhadap mandat rakyat menyebabkan soal calon sering diingatkan oleh Abdul Hadi,” katanya.
Salah seorang penyokong Pas, Irsyad Sidi dalam laman sosialnya mengkritik kembali Shamsul dengan menganggapnya sebagai lebih sudu dari kuah.

Penyokong Pas itu turut membangkitkan persoalan kemenangan Shamsul di Parlimen Bukit Katil, Melaka bukan disebabkan kehebatan Ketua AMK itu semata-mata.

Justeru itu, kemenangannya sebagai Ahli Parlimen bukan tiket untuk naik tocang mengkritik orang yang lebih tinggi kedudukannya dari parti lain.

“Kepada Ahli Parlimen Bukit Katil dari PKR saudara Shamsul Iskandar..tolong bincang masalah parti PKR sahaja dalam perhimpunan parti saudara.. jangan keruhkan keadaan dengan menghentam pemimpin parti lain di hadapan ahli- ahli parti saudara!!

“Untuk pengetahuan saudara (kalau saudara sudah lupa) kemenangan saudara bukan hanya kerana undi dari PKR dan DAP sahaja..tetapi kerja keras dari orang-orang PAS dan penyokong-penyokong PAS!!!

“Saudara mungkin tidak berada sampai di tahap ini jika tanpa undi PAS jugak!!! bersyukur la sikit!!!,”katanya yang mengambarkan emosi kemarahan terhadap kenyataan Ketua AMK itu.

No comments:

Post a Comment