ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HOT !!! AZMIN ALI TERUS MENGAMOK !!!

Tuesday 14 May 2013

HOT !!! AZMIN ALI TERUS MENGAMOK !!!


Pertelingkahan dalam talian yang berlaku di antara Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan pemimpin terdahulu, Dr Syed Husin Ali telah mewujudkan reaksi segera daripada penyokong-penyokong parti yang merayu agar mereka menghentikannya.

Syed Husin menghantar 'tweet' kepada Azmin berikutan kenyataan pada sidang akhbar mengenai urusan parti dan pelantikan Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Syed Husin mempersoalkan mengapa Azmin menggunakan media dan berkata, ini hanya akan menyebabkan Umno akan "menari-nari gembira".

Beliau berkata Azmin mungkin telah membuat kesalahan, sambil menambah tindakan dan kenyataan beliau boleh menjejaskan kredibiliti parti.


Kesimpulannya, parti ‘anak-beranak’ ini sedang berada di ambang perpecahan dan sekiranya gagal ditanggani, Anwar bakal menyaksikan parti yang mengunakan simbol ‘mata lebam’ ini runtuh dan bakal kehilangan sokongan rakyat. Masakan tidak, satu puak diketuai oleh isteri tercinta manakala satu lagi puak diketuai oleh ‘anak emasnya’ dan masing-masing mempunyai kunci mengenai salah lakunya. 

Sekiranya masing-masing bertindak mendedahkan apa yang mereka tahu kepada umum, bakal menyaksikan Anwar tersungkur rebah ditelan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment