ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DATO' AHMAD YAAKUB MB KELANTAN YANG BAHARU.

Tuesday 7 May 2013

DATO' AHMAD YAAKUB MB KELANTAN YANG BAHARU.


(Barisan Exco baru kerajaan negeri Kelantan)

KOTA BHARU: Datuk Ahmad Yaakub mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru dengan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah sebagai Timbalan Menteri Besar.

Bekas Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasarudin Daud turut menyertai barisan Exco di samping Adun Demit yang baru, Mumtaz Md Nawi, Dr Ramli Mamat (Bunut Payong) dan Hanifa Ahmad (Pengkalan Pasir).

(Dato' Ahmad Yaakub melafazkan ikrar sebagai exco di depan Tuanku Sultan Kelantan)

Tidak ada dalam senarai Exco kali ini adalah Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS) walaupun menang di DUN Salor.

Turut tidak ada adalah Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berundur dan Datuk Takiyudin Hassan yang bertanding Parlimen Kota Bharu dan menang.

Turut tidak termasuk dalam barisan exco yang baru adalah Wan Ubaidah Omar.

Lain-lain barisan Exco Kelantan sessi ini adalah Datuk Anuar Tan, Datuk Md Anizan Ab Rahman, Datuk Fatah Mahmud, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Datuk Dr Fadzli Ahmad.

Dato' Husam Musa ???
Dato' Husam Musa digugurkan daripada senarai Exco kerajaan negeri Kelantan kerana tidak mendapat restu sultan - Menteri Besa

No comments:

Post a Comment