ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BAPA SAIFUL SUDAH KEMBALI KE JALAN KEBENARAN...ANWAR MACAMANA ???

Thursday 2 May 2013

BAPA SAIFUL SUDAH KEMBALI KE JALAN KEBENARAN...ANWAR MACAMANA ???



Kenyataan Akhbar

Saya Azlan Mohd Lazim ingin menarik balik kenyataan akhbar saya pada 8.3.2013, 11.3.2013, juga majlis majlis ceramah di pulau pinang dan sungai petani pada 23 & 24.3.2013 yang menyatakan bahawa anak saya Mohd Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh beberapa pihak, salah seorangnya saudara khairil alias jusoh untuk memfitnah Dato seri anwar ibrahim dalam kes liwat 2008.

Kejadian liwat yang dilakukan oleh Dato seri anwar ibrahim adalah benar dan ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan DSAI.

Saya juga ingin menarik balik pemohonan maaf saya kepada DSAI dan Keluarga beliau.

Kepada seluruh ahli keluarga saya, yang terutama ibu saya, adik beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih lebih lagi anak saya yang telah saya khianati Mohd Saiful Bukhari Azlan. Ingin saya memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya telah membuat keputusan yang salah.

Dengan kenyataan akhbar ini, diharap dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul dari kenyataan saya sebelum ini. Keutamaan serta tanggungjawab saya pada ketika ini adalah kembali ke anak anak saya seperti sediakala hidup dalam keadaan harmoni.

Saya sudah insaf mahu kembali ke jalan kebenaran .

Akhir sekali saya ingin mengisytihar yang pada hari ini 1.5.2013 saya dengan secara rasminya ingin keluar dari menjadi ahli PKR serta merta dan tidak bercadang untuk menyertai mana mana parti politik.

Azlan Mohd Lazim
1 May 2013




No comments:

Post a Comment