ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ULAMAK PONDOK AJAK NIK AZIZ DEBAT !!! ADA BERANI ???

Wednesday 10 April 2013

ULAMAK PONDOK AJAK NIK AZIZ DEBAT !!! ADA BERANI ???



Pengerusi Minda Pondok, Zainal Abidin Awang mengulangi cabaran berdebat dengan Nik Aziz yang semakin galak mengeluarkan pelbagai kenyataan songsang dan menyimpang dari agama.

Suatu yang amat malang apabila Nik Aziz yang sepatutnya membantu mengukuhkan perpaduan ummah dan meninggikan syiar Islam mengambil pendekatan melampau yang meruntuhkan sehingga masyarakat jadi keliru dan agama seperti dipermainkan kerana politik.

Katanya sejak dua tahun lalu beliau telah membuat cabaran terbuka untuk berdebat, namun setakat ini Nik Aziz hanya membisu dan hanya orang lain yang bersuara. 

Menurutnya Minda Pondok turut mencabar Presiden Pas, Hadi Awang untuk tujuan yang sama, tetapi ternyata cabaran berkenaan masih tidak terjawab. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah PRU13: Dalil Haram Sokong PAS dan Pakatan Pembankang  di Dataran jerteh Souq.

Ceramah yang menarik lebih 3000 orang itu turut mengupas mengapa masyarakat Islam perlu menolak Pas dan parti pembangkang.

Zainal berkata, Pas telah tersasar jauh daripada landasan sebenar termasuk mendoakan kehancuran sesama Islam dan keadaan itu memaksa Minda Pondok untuk melancarkan gerakan menyedar dan menyelamatkan ahli Pas dengan cara memberikan penerangan dalam pelbagai bentuk.

Mengenai kenyataan terbaru Nik Aziz bahawa solat orang Umno tidak diterima oleh Allah dan peroleh pahala, beliau berkata walau 1000 kali Nik Aziz berkata demikian tetapi hanya Allah yang berkuasa menentukan dan bukannya NIk Aziz.

"Nik Aziz kata Umno tolak Islam tetapi pernahkah seseorang pemimpin Umno berkata langkah mayat saya aku dulu baru boleh laksanakan negara Islam dan begitu juga pernahkah pemimpin Umno kata hudud adalah 0.0001 dalam Islam".

No comments:

Post a Comment