ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAS KETEPIKAN CALON YANG LEBIH LAYAK, PILIH ARTIS BERTANDING KERUSI PARLIMEN !!!

Saturday 6 April 2013

PAS KETEPIKAN CALON YANG LEBIH LAYAK, PILIH ARTIS BERTANDING KERUSI PARLIMEN !!!


Aisyah nak bertanding kerusi Parlimen di Jempol~ Berapa lama dia ceburkan diri dalam politik? Kalau nak dibandingkan dengan pimpinan PAS yang lain baik dari level atasan atau peringkat akar umbi?Sudah tidak ada calon yang layakkah? Habis dah alim ulamak dalam PAS?

Penyanyi Aishah yang popular dengan lagu “Janji Manis Mu” pasti pening kepala apabila mendapati nama beliau sebagai calon Ahli Parlimen Jempol untuk Pas sebenarnya bertindih dengan nama Ketua Dewan Pemuda Pas negeri.

Pengumuman nama dua calon oleh Pas bagi kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan hanya menampakkan bahawa Pas negeri dan Pusat tidak sehaluan dalam pemilihan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Ini kerana, nama pertama diumumkan pada Ahad lalu, Mohd. Fairuz Mohd. Isa yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, adalah calon pilihan Pas Negeri Sembilan.

Pengumuman nama Mohd. Fairuz dibuat sendiri oleh Pesuruhjaya Pas II Negeri Sembilan, Abd. Rahman Ramli kepada media dalam satu program di Felda Raja Alias Empat di sini, yang turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Calon kedua pula, Wan Aishah Wan Ariffin iaitu penyanyi yang lebih dikenali sebagai Aisyah dan popular dengan lagu Janji Manismu, merupakan calon pilihan Pas Pusat.

Nama Aisyah bakal bertanding kerusi Parlimen Jempol diumumkan sendiri oleh Mohamad Sabu di Markas Pas, Taman Melewar, Kuala Lumpur.


GOMBAK - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini mengumumkan penyanyi terkenal tanahair, Aishah sebagai calon bertanding kerusi Parlimen Jempol.

Beliau mengumumkan perkara tersebut pada ceramah 'Amanat Penting PRU13 - Tipu Pilihanraya Turun Padang' anjuran PAS Bukit Bintang di Markas PAS Taman Melewar, malam tadi.

Bagaimanapun Aishah yang ditemui selepas pengumuman tersebut berkata beliau masih belum bersedia untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.

"Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan PAS Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)," katanya kepada Antarapos.

Ditanya berkenaan karier nyanyiannya, Aishah menambah, beliau tetap akan meneruskan kerjaya yang sudah menjadi darah dagingnya sejak 25 tahun lalu.

"Sekarang pun walau sibuk berceramah saya tetap menerima undangan nyanyian yang sudah 25 tahun sebati dengan diri saya," katanya.

Aishah adalah artis pertama dari Pakatan yang diumumkan sebagai calon untuk bertanding pada PRU13.

Antara artis lain yang menyertai Pakatan adalah Bob Lokman, Hairie Othman, Abby Abadi dan Yassin.

No comments:

Post a Comment